LOS ANGELES - Pemain No. 4 dunia, Andy Murray memecat jurulatihnya Mile Maclagan kelmarin, sebulan sebelum kejohanan Grand Slam terakhir tahun ini.
Darren Cahill dari Australia dikatakan akan menjadi pengganti Maclagan tetapi Murray berkata, dia akan melihat situasi tersebut hanya selepas Terbuka Amerika Syarikat yang akan berakhir pada 12 September.
Menurut pihak pengurusan Murray, pemain Scotland itu membuat keputusan 'berdasarkan keperluan kejurulatihan yang diperlukannya' dan dia sekarang menumpukan kepada saingan musim gelanggang permukaan keras di Amerika Syarikat.
"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Miles selepas dua tahun setengah dan saya mahu berterima kasih kepadanya, kerana memberikan sumbangan positif untuk karier saya.
"Kami telah mencatat pelbagai kejayaan dan saya gembira bekerjasama dengannya," katanya.
Murray akan beraksi pada Terbuka Los Angeles di Pusat Tenis LA minggu ini, di mana dia diletakkan sebagai pilihan utama.
"Memang istimewa bekerja dengan Andy sebagai jurulatihnya, saya gembira menjadi sebahagian dalam kariernya,'' kata Maclagan. - REUTERS

Recent blog comments
1 year 13 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 16 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 16 weeks ago
1 year 16 weeks ago
1 year 16 weeks ago