KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Maya Karin (kanan), 31, mengakui kemelut yang dihadapi dengan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Steven, 41, terlalu rumit dan mungkin berakhir di Mahkamah Syariah dalam tempoh terdekat.
Walaupun belum bercerai, setakat ini katanya, mereka membawa haluan sendiri dan perdamaian menemui jalan buntu.
“Hubungan kami rumit dan saya difahamkan Steven dalam proses memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah.
Jurucakap SPRM berkata, tiada tangkapan dibuat kerana mereka yang terbabit dalam kegiatan itu sempat melarikan diri.
Beliau berkata, operasi berkenaan dipercayai dapat dikesan kerana jalan hutan untuk memasuki kawasan pembalakan itu dihalang dengan batang pokok dan jentera berat menyebabkan pasukan berkenaan hanya dapat memasuki kawasan itu selepas lebih dua jam perjalanan.
"Bagi mengelak ditangkap mereka meletakkan sebuah jentera berat di atas laluan masuk ke kawasan itu bagi memudahkan mereka memboloskan diri apabila dihampiri anggota penguatkuasa," katanya.
Jurucakap itu berkata, siasatan awal mendapati, lesen membalak di kawasan tanah milik persendirian itu telah dikeluarkan untuk tempoh dari 16 Oktober 2009 hingga 15 Januari lalu.
Beliau berkata, operasi itu dijalankan selepas pihaknya mendapat aduan bahawa kegiatan pembalakan masih diteruskan selepas tempoh berkenaan tamat dan ia turut membabitkan pokok di luar kawasan yang dibenarkan.
Jurucakap itu berkata, dipercayai lebih 10 pekerja terbabit dalam kegiatan itu dan pasukan berkenaan turut menemui makanan yang baru dimasak dalam sebuah bangsal yang dijadikan tempat rehat dan makan.
"Pembalakan haram itu dijalankan di kawasan hutan seluas kira-kira 100 hektar," katanya.
Beliau berkata, SPRM akan menyiasat beberapa syarikat yang terbabit dengan kegiatan pembalakan di kawasan itu serta mendapatkan keterangan beberapa pegawai Jabatan Perhutanan Perak bagi membantu siasatan kes itu.
Sumber :Berita Harian

Recent blog comments
1 year 7 weeks ago
1 year 9 weeks ago
1 year 9 weeks ago
1 year 9 weeks ago
1 year 9 weeks ago
1 year 10 weeks ago
1 year 10 weeks ago
1 year 10 weeks ago
1 year 10 weeks ago
1 year 10 weeks ago