Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh (kanan) turun padang melawat rumah mangsa banjir di Kampung Dengir, Besut, kelmarin.
KUALA TERENGGANU 23 Nov. - Bilangan mangsa banjir di Terengganu semakin meningkat dengan 8,709 orang daripada 2,177 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di enam daerah di negeri ini hari ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negeri Terengganu berkata, sehingga pukul 6 petang, Dungun mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir paling tinggi iaitu 2,829 orang daripada 676 keluarga.
Katanya, ia diikuti Marang (1,560 orang), Kemaman (1,522 orang) dan Hulu Terengganu (1,107 orang).
''Di Setiu pula, 834 orang daripada 285 keluarga dipindahkan manakala 857 mangsa banjir di Besut juga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 20 pusat pemindahan di Kemaman, Hulu Terengganu (26), Setiu (21), Besut (18), Dungun (17) dan Marang (17) dibuka untuk menampung pemindahan mangsa banjir.
Menurutnya, dua jalan utama iaitu Jalan Sungai Tong-Kuala Berang di Hulu Terengganu dan Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kota Bharu berdekatan Besut terpaksa ditutup selepas dinaiki air.
''Tiga kawasan di Sungai Tong-Kuala Berang dinaiki air iaitu berdekatan Kampung Kepah setinggi 0.6 meter manakala berdekatan Kampung Tengkawang dinaiki air setinggi 1.2 meter dan berdekatan Kampung Tok Lawit dinaiki air setinggi 0.6 meter sehingga ditutup kepada semua kenderaan.
''Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kota Bharu berdekatan Kampung Pangkalan Kubur dinaiki air setinggi 0.5 meter dan ditutup kepada kenderaan ringan," ujarnya.
Sementara itu, laman web Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu memberitahu, sehingga pukul 5 petang ini, air empat sungai utama melebihi paras amaran.
''Sungai Besut di Jambatan Jerteh mencatatkan paras 8.47 meter melebihi paras amaran iaitu 7.30 meter manakala paras air Sungai Dungun di Kuala Jengai berada pada 19.47 meter melebihi paras amaran iaitu 19 meter.
''Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan pula mencatat paras air 13.41 meter melebihi paras amaran iaitu 13.20 meter manakala Sungai Nerus di Kampung Langkap pula berada di paras amaran iaitu 21 meter," jelas laman web itu.
Sumber : Utusan Malaysia

Recent blog comments
34 weeks 6 days ago
37 weeks 3 hours ago
37 weeks 6 hours ago
37 weeks 9 hours ago
37 weeks 9 hours ago
37 weeks 6 days ago
37 weeks 5 days ago
37 weeks 6 days ago
37 weeks 6 days ago
37 weeks 6 days ago