BARCELONA - Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona semakin hampir untuk mencapai persetujuan berhubung kontrak untuk mendapatkan ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas, menurut laporan akhbar El Mundo Deportivo.
Pemain berusia 23 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab di mana dia memulakan kariernya, cuma setelah spekulasi berpanjangan, perjanjian dikatakan semakin hampir untuk dimuktamadkan.
Laporan menyebut, 'perjanjian rahsia' telah pun dipersetujui dan ia akan dimuktamadkan sejurus beberapa perkara lain disahkan.
Namun, kedua-dua kelab menafikan mereka sedang dalam perbincangan untuk perpindahan ketua pasukan Gunners itu.
Fabregas telah mengadakan perbincangan dengan bos Arsenal, Arsene Wenger sebelum ke Afrika Selatan untuk kejohanan Piala Dunia, di mana ini menghangatkan lagi spekulasi mengenai keinginan pemain antarabangsa Sepanyol itu meninggalkan Emirates.
Ini ditambah lagi selepas kemenangan Sepanyol di Afrika Selatan, yang mana rakan sepasukannya menyarungkan jersi Barcelona ke tubuh Fabregas, ketika majlis meraikan kejayaan memenangi Piala Dunia.
Jika perjanjian dipersetujui, Arsenal dijangka menerima 45 juta euro - jumlah yuran perpindahan minimum yang ditetapkan oleh juara Sepanyol itu. - Agensi

Recent blog comments
1 year 13 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 16 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 16 weeks ago
1 year 16 weeks ago
1 year 16 weeks ago