KANSAS CITY - Kei Kamara menjaringkan satu gol dan menjadi perancang satu lagi jaringan untuk Kansas City menang 2-1 ke atas Manchester United pada aksi persahabatan, kelmarin.
Bola hantaran Kamara bijak disempurnakan David Arnaud pada minit ke-11 untuk Wizards mendahului 1-0.
Pemain United, Dimitar Berbatov menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-41, selepas pertahanan Wizards, Jimmy Conrad dilayangkan kad merah kerana mengkasari Berbatov.
Walaupun bermain dengan 10 pemain, Kamara muncul wira Wizards, apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi tandukan.
Kira-kira 52,342 penonton menyaksikan perlawanan di Stadium Arrowhead, walaupun United beraksi tanpa beberapa pemain utama seperti Wayne Rooney, Rio Ferdinand, Michael Carrick dan Park Ji-Sung.
United akan berdepan satu lagi pasukan dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Houston esok. - AFP

Recent blog comments
1 year 12 weeks ago
1 year 14 weeks ago
1 year 14 weeks ago
1 year 14 weeks ago
1 year 14 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 15 weeks ago
1 year 15 weeks ago