Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

(Showbiz) Proud to don nasi lemak gown - Malaysian beauty queen Samantha Katie James

KUALA LUMPUR: “I don’t care what people say. I’m confident that the gown will be a fascinating head-turner and a fabulous conversation piece.”

That was the steadfast reaction of Samantha Katie James, who will be representing the country at the upcoming Miss Universe 2017 competition in Las Vegas, the United States, at the end of the month.

She said this in response to the recent criticism hurled at the gown she wore that was literally inspired by the local staple dish nasi lemak.

James will be sashaying onstage in the creation during the international costumes segment of the actual competition.

“What’s currently on my mind is my actual participation in the competition. There’ll be much bigger challenges for me to take on,” she said in a news report by BH Online.

Actor Aaron Aziz experienced a 'total body shutdown'

KUALA LUMPUR: Popular actor Aaron Aziz faced a health scare two days ago when his body suddenly developed a high fever shortly after leaving the set of his latest drama titled Adam Mukhriz, here.

In a news report by BH Online, his wife and manager Diyana Halik said that while travelling home, the 41-year-old Singapore-born artiste had complained to his personal assistant he didn’t feel well.

“His body temperature went from 37 to 39 degrees Celsius in less than an hour. Unfortunately, I was not with him at that time as I was all the way in Hong Kong, so I asked him to head straight to the hospital,” said Diyana.

'Doa sajalah yang baik-baik...'

PELAKON Fattah Amin terus berteka-teki mengenai status hubungannya dengan Fazura dan enggan mengulas mengenai tarikh 13 November yang dikhabarkan adalah hari pertunangannya dengan pelakon jelita itu.

Fattah, 27, ketika ditemui berkata, jika ada berita baik dia akan mengumumkannya kepada semua orang.

"Doa sajalah yang baik-baik. Jika ada perkara yang gembira saya akan beritahu kepada media," katanya.


 

Sementara itu, Fazura turut senada dengan Fattah dan berharap peminat mendoakan perkara yang baik untuk mereka berdua.

Inspirasi Fazura untuk peminat

Memasang impian bergelar penyanyi sejak kecil, pelakon Nur Fazura Sharifuddin, 34, teruja apabila kini mempunyai sebuah album.

Dilancarkan hari ini, Fazura pada awalnya hanya berharap tampil dengan single, namun sudah tertulis rezekinya apabila Universal Music sudi merealisasikan hasratnya.

Diberi judul Fazura, album itu memuatkan sembilan karya yang dihasilkan komposer ternama.


 

"Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan adanya album ini. Saya memang suka menyanyi sejak kecil dan kini mempunyai album sendiri.

"Ketika diberi peluang menyanyi saya fikir cukuplah ada single saja kerana ia sekadar untuk menghiburkan hati.

"Tak sangka Universal sudi menerbitkan album ini dan ia menjadikan impian saya lebih manis," katanya.

Mengulas mengenai pemilihan komposer, Fazura berkata ada di antara mereka menawarkan diri dan ada juga yang dimahukannya.

Biar membesar secara normal

Jika kebanyakan anak selebriti lain sudah didedahkan dengan dunia glamor sejak kecil, berbeza pula kisahnya dengan anak penyanyi popular Siti Nordiana, Muhammad Rayyan Nakhaie, 9.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 33, anak lelakinya itu seboleh-bolehnya mengelak untuk dibawa ke acara hiburan atau menemani ibunya menghadiri sebarang jemputan.

"Ramai juga yang bertanya kenapa saya jarang bawa anak. Bukan saya tidak mahu bawa, tetapi dia yang tak nak ikut. Kadang-kadang saya kena paksa barulah dia mahu. Saya tidak perlu bimbang jika membawanya bersama kerana dia boleh bawa diri. Kalau saya menyanyi, dia tolong ambil gambar dan rakam video.

Bercakap sendirian kerana rindu

Hidup sebagai bapa tunggal tidak semudah yang disangka. Bagi penyanyi dan pelakon Cat Farish, dia melalui kehidupan setiap hari dengan penuh rasa rindu terhadap anak.

“Anak tinggal bersama bekas isteri saya di Bangi, manakala rumah saya pula di Jalan Ipoh. Saya sibuk dengan kerja dan mereka pula sibuk dengan sekolah dan sebagainya.

“Memang rindu teramat sangat. Tapi, saya faham, ada masanya mereka perlu habiskan masa dengan ibu mereka,” katanya.

Alexis mahu bergelar ratu

Gadis bernama Alexis ini sudah lama bercita-cita mahu menceburi bidang hiburan.

Namun, Alexis, 22, tidak menunggu lama apabila peluangnya tiba pada usia muda.

Mula menceburi bidang pengacaraan TV dan penyampai radio beberapa tahun lalu, Alexis atau nama sebenarnya Alexis Sue-Ann Seow pantas mencipta nama.


 

Kredibilitinya sangat meyakinkan sehingga terpilih menjadi hos kepada program kapsul 8tv Quickie selain menjadi penyampai stesen radio Hitzfm.

Namun, dia tidak mahu perjalanan seninya terhenti di sana. Dia juga sering menyimpan impian bergelar ratu suatu hari nanti.

Lupakan kenangan silam

Mungkin kerana tidak mahu ada sebarang memori dengan bekas kekasihnya, penyanyi The Weeknd tidak mahu mengikuti perkembangan keluarga dan rakan terdekat Selena Gomez di Instagram.

Tindakannya itu dikesan oleh peminat dan pengikutnya di laman sosial terbabit.

“Abel berhenti mengikuti Instagram Mandy (ibu Selena), Theresa, Courtney dan Raquelle. Dia juga memadam ‘like’ pada gambar yang dimuat naik Selena sebelum ini,” kata sumber terdekat penyanyi itu.

Lirik amat menyentuh hati

Selepas tamat tempoh kontrak bersama pengurusan Wake The Baby, kini Shiha Zikir bergerak sendiri dan muncul dengan single terbaru berjudul Jagakan Dia.

Mempertaruhkan melodi balada, Shiha menjadi antara penyanyi yang masih berani meletakkan balada ‘grand’ sebagai genre saat penyanyi lain mengikut arus dengan muzik ala 90-an.

Lagu ciptaan komposer Ippo Hafiz ini serasi dengan vokal Shiha yang semakin matang berbanding lagu terdahulu.

Lagu terakhirnya, Seperti Novel Cinta dikenali namun tidak terlalu ‘meletup’ sehingga mencuri tumpuan. Apa yang pasti ada sedikit kelainan yang ditampilkan dalam Jagakan Dia.

Otai dapat pujian juri

Ahad lalu, program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) terbitan Astro membuka tirai dengan persembahan 12 bintang yang masing-masing menunjukkan taring.

Menggabungkan anak seni dari era berbeza, penyanyi senior nampaknya begitu menyinar dan mendapat pujian tiga juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, dan Profesor Datuk Cef Wan.

Jika diteliti, pujian kepada penyanyi lama seperti Aishah, Hazami dan Liza Hanim melambung tinggi. Tentu sekali mereka mendapat kredit lebih sesuai dengan pengalaman, kekuatan nama dan kemampuan yang tidak perlu dipertikai lagi.