Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Lirik langkaui sempadan budaya

Siapa sangka, lagu berjudul Teman Sejati yang didendangkan kumpulan nasyid, Brothers sekitar 1997 lalu menjadi lagu yang sentiasa didendangkan sehingga ke hari ini dan menjangkau pelbagai fahaman.

Bagi penyanyi utamanya, Yasin Sulaiman, dia sendiri kagum dan terharu dengan sambutan yang diberikan peminat mereka sehingga hari ini.

Ezzaty sibuk lepas bulan madu

Mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajari dalam perhubungan rumah tangga, pasangan pengantin baru Azwan Kombos, 31, dan Ezzaty Abdullah, 26, berharap setiap dugaan yang mendatang mampu dihadapi dengan sabar.

Mengambil masa yang sing­kat menguruskan perkahwinan mereka berikutan masing-masing terikat dengan jadual penggambaran lakonan, Ezzaty berkata, menjadi adat pasti ada dugaan dalam melakukan persiapan itu.

'Usah perlekeh wanita bertudung

Bertudung tidak membataskan pergerakan penyanyi dan pelakon Amy Mastura.

Hakikatnya, artis serba boleh ini bebas melakukan apa sahaja yang disukai asalkan tidak melanggar batas agama.

Inilah yang dibuktikan Amy menerusi pembabitannya dalam rakaman program Aura Bintang terbitan A Aida Production baru-baru ini.

 

Pengajaran pengalaman lalu

Gandingannya bersama pelakon Amar Baharin dalam drama Suamiku Encik Sotong tahun lalu membawa kepada bibit cinta dalam diri Amyra Rosli.

Episod putus tunang beberapa tahun lalu bukan penamat kepada pencarian erti cinta sejati.

Malah, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 25, sentiasa yakin dia pasti dipertemukan dengan lelaki yang jauh lebih baik dan mampu membahagiakannya.

hayat02_1468705741

Tempoh lebih dua dekad menyepi cukup membuatkan penyanyi Jamilul Hayat, 55, kekok dan canggung dalam majlis hiburan.

Bertemu penyanyi dikenali melalui lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan ketika sidang media Konsert 3 Suara bulan lalu, Hayat atau Hayat Abdillah Mohd Ali tidak ramah mengatur bicara dan cukup berhati-hati menyusun kata.

Tutup 'buku' lama

Cerita dirinya putus tunang dan tindakan nekadnya membuka hijab pernah meraih perhatian peminat di persada hiburan tanah air sebelum ini. Namun, itu cerita lama kerana pelakon Nina Iskandar kini sudah membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Bagi pelakon kelahiran Brunei Darussalam ini dan pemilik nama sebenar Nur Akmalina Iskandar, apa yang berlaku sedikit sebanyak mematangkan dirinya sebagai pelakon.

Debar menghitung hari

Sudah tertulis jodoh penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Hetty Sarlene Abdul Hamid, 32, dengan jejaka asing berasal dari London.

Kini pelakon drama Sembilu Kasih serta filem Sembilu 2005 dan Iskandar ini menghitung hari untuk disatukan dengan Daniel Oakes, di sebuah hotel terkenal di Singapura pada 23 Julai ini.

Perjuangan 10 tahun berbaloi

Lakonan menerusi watak Ahnaf Wafiy dalam drama Dia Semanis Honey berjaya melonjakkan nama penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar.

Keputusannya untuk berlakon dalam drama berkenaan juga ternyata tepat, apatah lagi dia diberi kebebasan oleh pengarah untuk mewarnai sendiri watak itu agar tampak berbeza daripada drama sebelumnya.

Doakan kebahagiaan bapa

Berita perkahwinan ayahanda Zahirah Macwilson iaitu Zainol Macwilson yang juga pelakon drama Dia Semanis Honey pada Ramadan lalu ternyata mengejutkan banyak pihak.

Malah Zahirah yang ketika itu berada di Perth, Australia mengakui terkejut kerana tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Menganggap itu adalah jodoh Zainol, Zahirah, 21, tidak mahu melawan ketentuan Ilahi sebaliknya mendoakan kebahagiaan perkahwinan ketiga bapanya itu.

'Saya tak main-main'

Nama Farahdhiya Mohd Amin kembali menyerlah sejak bergelar naib juara program Gegar Vaganza musim kedua (GV2) baru-baru ini. Malah, ramai pihak mula membuka mata dengan bakat nyanyian yang dimilikinya.

Barangkali ramai yang lupa Farahdhiya seorang penyanyi sebelum dia aktif berlakon drama sehinggalah dia muncul dalam GV2.