Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Vellfire Nabil kena curi

KERETA Toyota Vellfire milik pelawak Nabil Ahmad, 34, hilang dipercayai dicuri di Damansara, hari ini.

Nabil menyedari kehilangan kereta itu selepas tamat acara di sekolah anaknya.

“Saya sangka tersalah letak tapi selepas puas mencari, baru sedar ia dicuri," katanya.


 

Nabil meletak kereta itu di depan sekolah pada 1 tengah hari dan apabila keluar pada 2.30 petang mendapati kereta itu sudah tiada.

Pintu hati diketuk

Selepas bercerai tiga tahun lalu, pelakon Izreen Azminda mengakui sukar mencari teman hidup yang boleh memahami dirinya.

Biarpun ada yang ingin berkenalan, Izreen, 32, lebih selesa berkawan baik saja. Bukan jual mahal, sebaliknya kebanyakan mereka tidak memenuhi kriteria diingini.

Dalam erti kata lain, Izreen mengharapkan lelaki yang ingin dikahwini mampu memberikan kegembiraan dalam hidupnya dan bukan sekadar menjadi suami.

Namun, kehadiran lelaki yang dikenali sebagai Mr R sejak setahun lalu berjaya mengetuk pintu hatinya untuk berkahwin sekali lagi.

Imprisoned actor Benjy's sister broke her silence

KUALA LUMPUR: A day after her actor brother Khaeryll Benjamin Ibrahim received his sentence of 11 years in prison by an Indonesian court for attempting to smuggle crystal methamphetamine into Sumatra, actress Elza Irdalynna speaks out on the issue.

Elza took to her Twitter account to express her feelings and thoughts about her 38-year-old brother, more popularly known as Benjy.

Rita belum sedia jadi 'tua'

Pelakon jelita Rita Rudaini mengakui belum bersedia memikul watak wanita berusia meskipun usianya kini sudah menjengah 41 tahun.

Kata Rita, dia tidak akan sesekali mengambil tawaran terbabit selagi dirinya masih menerima watak heroin dalam setiap drama atau filem yang bakal dibintanginya.

“Jujur saya belum bersedia untuk memikul watak wanita berusia. Bukan mahu berlagak atau membangga diri, tetapi saya memegang prinsip selagi rezeki masih ada untuk watak utama saya akan menjaganya dengan baik.

 

Ada perubahan dalam diri

Rezeki buat penyanyi, Khai Bahar apabila salah satu impiannya iaitu membawa ibu bapanya menunaikan umrah, bakal direalisasikan.

Menjelang 31 Oktober ini, penyanyi lagu Luluh itu akan terbang ke Istanbul, seterusnya Tanah Suci untuk menunaikan ibadah itu dengan kerjasama daripada badan kemanusiaan, Syria Care Malaysia.

“Saya akan dibawa oleh Syria Care Malaysia untuk sesi ziarah dan umrah ke Istanbul pada 31 Oktober ini sebelum ke Madinah pada 4 November.

 

“Dah ada rezeki lebih, saya akan membawa kedua-dua ibu bapa untuk turut sama kerana itu adalah impian sejak kecil,” katanya.

Ingin rasai 'nikmat' kesakitan

Selepas setahun berkahwin, pengacara dan pelawak Jihan Muse disahkan hamil pada Mei lalu.

Bagaimanapun, Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 34, mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi perkara itu atas beberapa faktor.

Apatah lagi ketika itu dia turut menjalani pembedahan apendiks sekali gus menimbulkan kebimbangan jika ia memberi kesan kepada kehamilan.