Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

'Rezeki jangan ditolak'

Zarul Umbrella tidak menyesal dengan keputusan meletak jawatan sebagai pramugara untuk lebih aktif sebagai penyanyi.

Zarul, 44, yang kini dikenali sebagai Zarul Husin berkata, dia bersyukur kerana keputusannya tidak sia-sia apabila rezeki kian murah sejak menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim ketiga tahun lalu.

Selain itu, Zarul turut laris sebagai pelakon dan kini perlu bijak menyusun jadual seni.

“Alhamdulillah selepas tamat GV3 saya mula menceburkan diri dalam lakonan. Disebabkan tawaran itu mula datang, apa salahnya saya cabar diri untuk mencuba.

“Saya juga diberi peluang meminjamkan suara untuk filem animasi The Secret Life of Pets versi bahasa Malaysia dan ini satu pengalaman baru buat saya,” katanya.

Perlihat kemesraan demi watak

Keserasian Fattah Amin dan Nur Fazura dalam drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella berjaya mencetuskan fenomena ketika ini.

Ternyata, keserasian mereka terserlah apabila menjiwai watak Nura Medina dan Tengku Ian Uzzam hingga menambat hati penonton sejak mula bersiaran di saluran Astro Ria, 22 Mei lalu.

Malah, peminat Fattah dan Fazura juga bergabung dan mencipta hashtag #Fattzura sebagai tanda sokongan sekali gus mengatasi kejayaan #Lofattah dalam Suri Hati Mr Pilot sebelum ini.

Belajar 'main' sundang

Biarpun lebih tujuh tahun bergelar anak seni, Johan Ariff As’ari, 31, tetap meletakkan dirinya sebagai pendatang baru, terutama dalam lakonan filem.

Pelakon filem Juvana (1 hingga 3), Tokan, Balada Pencinta, Bopeng dan terbaru, Kanang Anak Langkau itu bersyukur kerana masih diberi peluang serta kepercayaan oleh produser tempatan sehingga ke hari ini.

Bakal muncul dengan filem Tujuh arahan Raja Mukriz tidak lama lagi, Johan kini mula membuat persiapan untuk filem terbaru, Lekir.

Tuah Shhh...I Love You

Drama Shhh...I Love You membawa tuah kepada Elvina Mohamad apabila berjaya mencipta populariti sekelip mata sekali gus mengumpul ramai peminat.

Lebih menggembirakan Elvina, 22, apabila pengikut di laman Instagram miliknya naik mendadak berbanding sebelum.

Sambutan positif itu menjadi pemangkin semangat untuk Elvina menampilkan lakonan yang lebih berkualiti.

“Menerusi drama Shhh.. I Love You, peminat mula mengenali saya. Sambutan yang diberikan sangat baik. Ke mana sahaja saya pergi mereka memanggil saya dengan nama watak drama ini.

Shahir terima nasihat Erra

Keputusan penyanyi Shahir untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian bukan sahaja menggembirakan peminatnya, malah turut mendapat sokongan penuh pelakon popular Erra Fazira.

Shahir yang juga juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF 8) berkata, Erra menasihatinya supaya bersikap lebih serius jika ingin terus mendapat kepercayaan peminat.

Bergilir jaga anak

Selepas berehat panjang kerana melahirkan cahaya mata sulung, penyanyi Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikah Stacy Anam mengakui rindu untuk kembali aktif dalam gelanggang seni.

Biarpun terpaksa mengorbankan masa dengan cahaya mata perempuan, Eshaal, yang kini berusia empat bulan, bagi ibu berusia 26 tahun ini tanggungjawab sebagai penyanyi tetap perlu diteruskan.

Bagaimanapun, Stacy mengakui dirinya kini lebih selektif berikutan kekangan masa dan statusnya sebagai isteri serta ibu.

Tidak belakangkan 2 rakan

Bakat lakonan dimiliki penyanyi Azira Shafinaz, 26, yang juga anggota kumpulan De Fam ini tidak perlu dipertikai lagi.

Boleh dikatakan tuah dan rezeki dalam bidang lakonan lebih banyak berbanding nyanyian meskipun single #Supergirls yang dilancar dua tahun lalu berjaya menaikkan nama kumpulan itu.

Buktinya Azira yang juga pelakon drama Mr Donat Karamel terus menjadi pilihan penerbit dan stesen TV untuk tampil sebagai heroin.

Cico sakit, kini beransur pulih

Kuala Lumpur : "Ini takdir dan ketentuan Allah. Cico dianiaya dan saya reda.

“Saya tidak tahu apa niat mereka sehingga sanggup buat begitu terhadapnya," kata artis veteran Uji Rashid mengenai keadaan kesihatan anaknya, Cico Harahap.

Artis popular era 1970-an ini mendakwa Cico, 39, sakit termasuk sukar untuk bercakap.

Uji mendakwa anaknya itu dianiaya apabila telefon bimbitnya turut dirosakkan apabila direndam dalam asid hingga bahagian dalamannya terbakar.

Mengulas mengenai kejadian yang berlaku, Uji berkata, Cico keluar bertemu dengan rakan-rakannya pada malam 25 Disember tahun lalu.

Tak mahu kerap muncul di TV

Tidak banyak publisiti membabitkan pelakon jelita Tiz Zaqyah mutakhir ini.

Bukan mengelak daripada media sebaliknya pelakon yang menempa nama menerusi drama bersiri Nur Kasih ini mengakui lebih selektif dengan tawaran berlakon yang diterima.

Pengalaman modal Luqman

Ketika awal pembabitannya dalam bidang lakonan, Luqman Hafidz hanya mengikut kata hatinya.

Menurut gerak hatinya, lapangan seni bidang terbaik untuk diteroka di samping mengembangkan bakatnya sebagai pelakon.

Selepas kejayaan filem Ola Bola pada 2015, keterujaan Luqman atau nama lengkapnya, Muhd Luqman Hafidz dalam memahat nama sebagai seorang pelaku seni berada di landasan yang sempurna.