Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Rita belum sedia jadi 'tua'

Pelakon jelita Rita Rudaini mengakui belum bersedia memikul watak wanita berusia meskipun usianya kini sudah menjengah 41 tahun.

Kata Rita, dia tidak akan sesekali mengambil tawaran terbabit selagi dirinya masih menerima watak heroin dalam setiap drama atau filem yang bakal dibintanginya.

“Jujur saya belum bersedia untuk memikul watak wanita berusia. Bukan mahu berlagak atau membangga diri, tetapi saya memegang prinsip selagi rezeki masih ada untuk watak utama saya akan menjaganya dengan baik.


 

“Lagipun, industri seni hiburan mempunyai ramai pelakon yang lebih berusia dan bersesuaian dengan karakter terbabit,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Safi Rania Gold Beetox.

Menurut Rita, dia juga berharap pihak produksi drama mengambil kira pelakon yang bersesuaian dengan had umur sebelum menghasilkan sesebuah drama.

“Saya jadi geram apabila ada drama yang menampilkan pelakon utamanya seakan-akan sebaya dengan ibunya. Melihat keadaan itu, saya akan tutup TV kerana tidak boleh menghayati watak yang mereka lakonkan.

“Bagi saya pihak produksi perlu mengambil kira setiap pelakon yang membintangi drama mereka,” katanya.

Sementara itu, Rita memberitahu, dia tidak mahu berlakon di sisi pelakon lebih muda kerana tampak kurang sepadan dengan dirinya.

Katanya, dia sangat menitikberatkan perkara terbabit bagi mengelakkan rasa kekok dalam lakonan.

“Saya sangat menitikberatkan siapa gandingan saya dalam drama atau filem bagi memastikan tidak kekok kerana perbezaan usia yang ketara. Kadangkala, saya turut beri cadangan kepada pihak produksi untuk dipertimbangkan.

“Saya tertekan kalau digandingkan dengan pelakon yang lebih muda. Biarlah gandingan saya itu dilihat sepadan dan matang supaya kami dapat menghidupkan watak itu dengan baik dan sampai kepada penonton ,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul dengan sebuah drama membawakan watak antagonis bergandingan dengan Fasha Sandha.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source mymetro