Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Aura dua bintang

Percaturan penerbit drama Urusan Hati Cik Drama Queen menggandingkan Scha Alyahya, 34, dan Aiman Hakim Ridza, 28, dilihat menjadi.

Meskipun realitinya Scha jauh berusia daripada Aiman, perbezaan umur bukan penghalang untuk mereka mencipta keserasian di kaca TV. Menariknya juga gandingan Scha dan Aiman ini adalah kerjasama pertama mereka sepanjang bergelar pelakon.

Selesa berlakon drama panjang

Seperti menjadi satu ‘trend’ ketika ini apabila kebanyakan stesen TV berlumba-lumba menerbitkan drama bersiri panjang.

Selepas pelakon Anzalna Nasir dan Fasha Sandha menyatakan keselesaan mereka berlakon dalam drama sebegitu, terbaru pelakon yang kian meningkat naik, Janna Nick meluahkan rasa sama.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 22, dipilih membintangi drama bersiri 60 episod berjudul Dia bagi tayangan slot Akasia di TV3.

Sabar tunggu watak terbaik

Bagi mencari kepuasan dalam lakonan, Farid Kamil hanya menerima tawaran yang mampu mencabar kemampuannya.

Disebabkan itu juga, aktor tinggi lampai ini mengakui jarang menjayakan drama kerana tidak menepati piawaiannya.

“Setiap pelakon ada pendirian dan pandangan tersendiri. Secara peribadi saya lebih gemar melakukan kerja yang ikhlas daripada hati dan bukan main ambil sahaja tawaran yang datang tanpa mengkaji jalan cerita serta watak.

Promosi pencuri hati

Dalam kesuntukan waktu, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat masih mampu mencuri ruang untuk satu sesi fotografi khas ketika menjayakan siri promosi single Pencuri Hati versi dangdut di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Biarpun jadual promosi yang diaturkan syarikat rakamannya, Paranormal padat dengan pelbagai atur cara sepanjang enam hari ‘berkampung’ di sana, namun Ayda masih mampu menguntum senyum dan bersedia memenuhi apa saja permintaan.

Stacy penuh debar

Penyanyi Ummu Syaikhah Stacy Anam atau Stacy, 27, yang kini hamil sembilan bulan mengakui teruja menanti detik kelahiran anak sulung hasil perkahwinan bersama penyanyi Akim Ahmad.

Stacy dijangka bersalin pada 28 Februari ini namun selepas menjalani pemeriksaan, doktor menasihati supaya dia bersedia bila-bila masa sahaja.

Keserasian siapa paling unggul

Selepas enam minggu berentap, debaran juara pasangan selebriti yang memiliki keserasian dalam program nyanyian terbaru terbitan Astro, Duo Star bakal terjawab Ahad ini.

Siapa sangka saingan separuh akhir minggu lalu menyaksikan pasangan Ning Baizura dan Harris Baba terhenti selepas menerima undian terendah daripada juri.

Tepis dakwaan mula 'demand'

Nama penyanyi muda berbakat besar Aiman Tino mula meniti di bibir peminat apabila lagu dendangannya, Ku Rela Di Benci menjadi siulan ramai.

Populariti luar biasa lagu itu melayakkan Aiman beraksi di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 31 (AJL) pada 22 Januari lalu.

Bisnes jaminan masa depan

Tidak tergugat dengan kehadiran pelakon baru, Emma Maembong tidak pernah meletakkan sebarang sasaran untuk kekal popular.

Gabung elemen rock, dangdut

Siapa sangka acuan antara penyanyi Haiza dan Aepul dalam program realiti Duo Star berjaya membawa mereka ke pentas final program realiti itu, Ahad ini.

Lebih menarik lagi, kombinasi unik antara genre dangdut yang dibawakan Haiza dan Aepul yang lebih cenderung kepada genre pop bakal muncul dengan single terbaru bersama berjudul Jangan Pernah Berdusta.

Barangali keakraban yang terjalin ketika sama-sama bertarung menempatkan diri sehingga ke pentas final program yang bersiaran di Astro Ria itu menguatkan lagi adrenalina pasangan ini untuk berkolaborasi.

Bangkit dengan imej berbeza

Tahun ini genap enam tahun pembabitan Salma dalam bidang nyanyian. Sepanjang tempoh itu, Salma yang dulunya dikenali sebagai Salma Mentor 5 mengakui perjalanannya sebagai penyanyi bukan mudah.

Malah, percubaan Salma menghasil­kan empat lagu berjudul Aku Permata (2011), Seruan Jiwa (2013), Maafk