Close

Poll

Adakah Perlancaran GST 70% Rakyat Malaysia Bakal Menderita?:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Lima pegawai kastam didakwa terima RM76,000

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Selepas dua hari, seramai lima lagi pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 24 tuduhan menerima rasuah antara RM500 dan RM50,000 secara bulanan sejak awal tahun ini.

Keputusan kes bunuh Zara Eleena 30 Oktober ini

SHAH ALAM 22 Sept. - Sama ada dihukum ke tali gantung atau dibebaskan, nasib tiga bekas pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) yang dituduh membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena Omar Peter dan bapanya, dua tahun lalu akan ditentukan 30 Oktober ini.

Malaysia atasi negara maju

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Malaysia mengatasi negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom (UK) apabila menduduki tangga ketujuh dalam Indeks Pelaburan Infrastruktur Global Kedua yang diterbitkan oleh sebuah firma perunding antarabangsa, Arcadis.

ASB2 dilancar di Sarawak

MIRI 22 Sept. - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menganjurkan Majlis Pelancaran Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) Peringkat Negeri Sarawak di sini, semalam.

Firma Malaysia jana jualan RM57 j di Fine Food Australia

MELBOURNE 22 Sept. - Sebanyak 20 syarikat Malaysia yang mengambil bahagian di ekspo Fine Food Australia, yang berakhir baru-baru ini, mencatat jualan berjumlah RM56.8 juta.

Projek Forest City membimbangkan

NUSAJAYA – Pembangunan Forest City di Tanjung Kupang, Gelang Patah akan memusnahkan ekosistem termasuk kawasan rumpai laut seluas 10.5 hektar jika pembangunan tersebut tidak dijalankan secara lestari.

Pusat judi haram digempur

GEORGE TOWN – Pemilik premis judi yang beroperasi secara haram di daerah Timur Laut di sini bagaikan ‘cacing kepanasan’ ekoran pihak polis dengan bantuan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mengambil tindakan memotong bekalan elektrik di premis tersebut.

Bahan api cekap tenaga

Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) komited untuk menghasilkan bahan api dan produk pelincir bagi kenderaan cekap tenaga (EEV) bagi menyokong hasrat kerajaan menerusi Dasar Automotif Nasional (NAP) dalam menjadikan Malaysia sebagai hab segmen kenderaan itu pada masa depan.

Hancur digilis

Kuala Lumpur: Mengerikan apabila seorang lelaki mati digilis sebelum mayatnya diseret hampir 100 meter menyebabkan badan mangsa hancur berhampiran Taman Connaught, Cheras di sini, semalam.

Kerana janggut disangka pengganas

Kuala Lumpur: “Hanya kerana kami berjanggut pihak berkuasa United Kingdom (UK) terus menahan kami mengikut Akta Anti Keganasan selepas mengesyaki kami bertujuh adalah pengganas,” kata Farihin Abd Fatah, 49, yang ditahan di Wales, UK kerana disyaki menjalankan aktiviti keganasan di negara itu.