Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

69 warga asing ditahan

SERAMAI 69 warga asing berusia 15 hingga 41 tahun ditahan dalam Op Gegar oleh Jabatan Imigresen malam tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, penahanan warga asing itu dilakukan menerusi serbuan di pusat hiburan Kompleks Bebas Cukai Stulang Laut, pada 11.30 malam.

"Seramai 176 diperiksa dalam operasi ini membabitkan 83 orang dengan kebanyakannya wanita Vietnam, Thailand, China, Indonesia, India dan United Kingdom.

"Turut diperiksa 65 lelaki dari Yaman, Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan warga tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 57 wanita ditahan itu membabitkan 53 wanita Vietnam, dua Indonesia dan masing-masing seorang Thailand dan China.

"Turut ditahan 12 lelaki dari Indonesia, Myanmar, India, Bangladesh dan Vietnam kerana melakukan kesalahan Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk cap palsu, tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen sah," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro