Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Air naik di 22 kampung

DUA PULUH DUA kampung membabitkan 144 rumah di Baling dilanda banjir sehingga paras satu meter, 10 malam semalam.

Hujan lebat selama lima jam itu menyebabkan air Sungai Ketil naik mendadak sehingga melimpah ke penempatan penduduk.

 

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Shamsul Izrin Isahak, berkata, kampung terjejas adalah Kampung Telok Durian membabitkan lapan rumah, Tanah Periuk (9), Sera Bawah (3), Binjul Dalam (6), Charok Sikin (1), Lubuk Pedati (15), Banggol Lada (3), Banggol Saga (1) dan Bongor Sekolah (6).

Menurutnya, kampung lain yang turut terjejas adalah Bendang Sera (2), Charok Kangar (18), Ketemba Masjid (5), Charok Kapas (1), Banggol Lahar (4), Gua Reban (3), Tanjung (7), Tok Diah Ulu (1), Kuala Cenerai (27), pekan Kuala Pegang (11), Charok Limbong (1), Tanjung Merbau (11) dan Kampung Landak (1).

Shamsul Izrin berkata, semua mangsa tidak dipindahkan sebaliknya mereka beredar ke tempat yang selamat.

"Air naik dengan cepat kerana hujan berterusan selama lima jam tanpa henti.

"Inilah banjir yang paling teruk yang dilaporkan sepanjang tahun ini," katanya.

Katanya, air mula surut 5 pagi namun keadaan ketika ini masih mendung dan penduduk perlu bersiap sedia jika dilanda banjir sekali lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro