Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Aset, senjata Op Daulat dipamerkan

EMPAT kereta perisai dan 13 jenis senjata yang digunakan ketika insiden pencerobohan Lahad Datu pada Februari 2013 antara tarikan yang dipamerkan pada Istiadat Perbarisan Penganugerahan Battle Honour 'Daulat Februari 2013' di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, bermula 9 pagi hingga 6 petang, hari ini.

Aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipamerkan ialah AV Lipan Bara, Condor 8x8, AV 8 Gempita dan MIFV K200 A1.

 

Selain itu, persenjataan yang digunakan ketika konflik pencerobohan di Lahad Datu dipamerkan bagi memberi peluang pengunjung melihat dengan lebih dekat iaitu Meriam 105 MM, Mortar 81MM M8, GPMG 7.62 MM, LMG 5.56 MM, Mortar 60 MM, RPG 7, Sniper Rifle 7.62 dan Barrett 12.7.

Turut menjadi tumpuan orang ramai ialah kawad senyap daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan persembahan pancaragam oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kementerian Pertahanan menerusi kenyataan berkata, orang ramai berpeluang memahami dengan lebih jelas peranan ATM yang terbahagi kepada tempur, bantuan tempur dan bantuan perkhidmatan.

"Peranan setiap elemen ini amat penting dalam menjayakan setiap operasi.

"Selain aset, pameran kerjaya turut diadakan bagi membuka peluang kepada rakyat Sabah terutamanya di Kota Kinabalu yang berminat menyertai ATM dan menjadikan sebagai kerjaya pilihan.

"Di gerai pameran kerjaya setiap perkhidmatan, orang ramai boleh mendapatkan semua maklumat diperlukan untuk menjadi anggota ATM," katanya.

Kenyataan itu berkata, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma juga disediakan, malah Hospital Medan didirikan bagi memberi peluang orang ramai melihat bagaimana Kor Kesihatan Diraja (KKD) menjalankan operasi merawat anggota kawasan operasi.

Acara kemuncak ialah seramai 230 pegawai dan 1,880 anggota ATM menyertai Perbarisan Penganugerahan Battle Honour Daulat Februari 2013 di Padang Merdeka.

Ia dijangka dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Acara itu diadakan bagi menghargai anggota ATM yang terbabit dalam Op Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari 2013.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro