Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Boy Iman kena reman lagi

PENGARAH Urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A Rahman atau Boy Iman direman dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Perintah tahanan reman terbabit dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Jitra, Abdul Hadi Hakimi Harun mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 

Selain itu, tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources termasuk seorang wanita berusia antara 30 hingga 45 tahun yang didakwa terbabit dengan kes sama turut direman bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, suspek tiba di mahkamah pada 9 pagi dengan diiringi anggota polis.

Boy Iman diwakili peguam, Ummi Kalthum Zakaria manakala tiga lagi suspek diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Zuriah Mohd Nordin.

Ini adalah penahanan kali kelima membabitkan Boy Iman dan tiga lagi suspek berkenaan.

Sebelum ini mereka juga turut ditahan di Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor dan Sungai Petani, Kedah.

Siasatan dijalankan polis susulan penipuan jualan rumah yang didakwa dilakukan oleh DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources yang membabitkan mangsa di Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Kedah.

Boy Iman sebelum ini ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang pada Isnin lalu kerana disyaki terbabit dalam penipuan jualan rumah yang membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.

Sehingga kini, terdapat 203 laporan berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties diterima polis daripada mangsa di seluruh negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro