Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Ditemui mati di ruang tamu

LELAKI berusia 62 tahun ditemui mati di ruang tamu rumah sewanya di Jalan Hillstone Utama, Miri, hari ini.

Dalam kejadian 3.45 petang itu, Chang Jun Liung ditemui terbaring oleh pihak bomba.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik rumah bagi membantu membuka pintu yang berkunci.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Miri dikerahkan ke lokasi bagi membantu membuka pintu dan menemui lelaki terbabit di ruang tamu.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro