Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Jejantas runtuh dirempuh treler

SEBAHAGIAN daripada struktur jejantas berdekatan sebuah pasar raya di Batu 8, Pekan Meru, Klang, runtuh akibat dilanggar treler, kira-kira 7.30 petang, semalam.

Jurucakap Bomba Selangor berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 8.05 malam.

“Pemeriksaan mendapati bahagian tiang jejantas di lokasi itu runtuh akibat dilanggar sebuah treler.

“Bagaimanapun, kita mendapati tiada mangsa yang cedera atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu," katanya.

Menurutnya, sebagai langkah berjaga-jaga, bomba meletakkan kon keselamatan di sekitar lokasi kejadian.

Jurucakap itu berkata, kes berkenaan diserahkan kepada polis dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan lanjut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro