Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Kenaikan Tangga Gaji, Gaji Minimum Bukti Rakyat Diutama

Kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam di seluruh negara mulai Julai ini membuktikan kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.

Legoland Malaysia Antara Top 20 Taman Hiburan Terbaik Asia

LEGOLAND Malaysia dinobatkan sebagai antara ‘Top 20 Taman Hiburan Terbaik di Asia’ oleh laman pelancongan popular antarabangsa, TripAdvisor.

Operasi LRT Dari Putra Heights Ke Bandaraya Mulai Hari Ini

Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) hari ini boleh menggunakan perkhidmatan itu untuk bergerak dari Putra Heights menuju pusat bandar raya Kuala Lumpur selepas Projek Penyambungan Jajaran (LEP) mulai beroperasi sejak pukul enam pagi tadi.

RON95, RON97 Dan Diesel naik 5 Sen Mulai Hari Ini

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel bagi bulan Julai masing-masing naik sebanyak 5 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.

Op Selamat: 39 lokasi dikenal pasti

Alor Setar: Sebanyak 39 lokasi dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan di negeri ini melalui Op Selamat 9/2016 yang dilancarkan bermula 29 Jun hingga 13 Julai ini menjelang sambutan Aidilfitri.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, bagi mengurangkan kadar kemalangan tahun ini, seramai 910 membabitkan 72 pegawai dan 838 anggota polis kontinjen Kedah akan bertugas di seluruh daerah untuk memberikan tumpuan di setiap lokasi ditetapkan.

Perintah Gaji Minimum dikuatkuasakan esok

Putrajaya: Kementerian Sumber Manusia menegaskan, Perintah Gaji Minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan di Semenanjung serta RM920 sebulan di Sabah, Sarawak dan Labuan akan dikuatkuasakan mulai esok tanpa sebarang penangguhan lagi.

Dilanjutkan dua bulan lagi

Putrajaya: Moratorium perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang sepatutnya berakhir 15 Julai ini dilanjutkan untuk tempoh dua bulan lagi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu juga dibuat berikutan sebahagian besar stok simpanan bauksit masih belum dieksport.

Bunga api, mercun bernilai RM95,846 dirampas

Alor Setar: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah mematahkan sembilan kes cubaan menjual dan mengedar bunga api serta mercun bernilai RM95,846 dengan jumlah cukai sebanyak RM67,041.34 menerusi Ops Raya bermula 2 Jun lalu.

Pengarahnya Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata, daripada sembilan kes itu pihaknya mengesan tiga kes penyeludupan dijalankan secara besar-besaran dengan kes terbaru dikesan pada Ahad lalu di sebuah rumah terletak di Taman Pelangi, Kuala Kedah, di sini, yang dipercayai dijadikan sebagai stor simpanan mercun serta bunga api bernilai RM110,742, manakala jumlah cukai sebanyak RM280,010.52.

Masih Ketua Menteri Pulau Pinang

Georgetown: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengesahkan dia masih Ketua Menteri Pulau Pinang selepas memaklumkan bahawa urusan Kerajaan DAP Pulau Pinang akan berjalan seperti biasa walaupun berdepan dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi, di sini, pagi tadi.

Beiau berkata, keputusan sama ada beliau akan bercuti atau melantik pemangku Ketua Menteri masih bergantung kepada mesyuarat parti yang akan diadakan kelak.

Bukan di Pulau Pinang

Georgetown: Polis menafikan klip video kejadian seorang kanak-kanak perempuan mati akibat terkena renjatan elektrik ketika mandi di dalam kolam renang yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu, berlaku di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Ketua Polis DaerahTimur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan mendapati kejadian itu tidak di hotel berkenaan dan besar kemungkinan berlaku di tempat lain.