Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Membeli sambil beramal

BERBELANJA untuk membeli pakaian raya dan dalam masa sama menyumbang kepada golongan kanak-kanak yang terpinggir di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Itu inisiatif dilaksanakan butik pakaian Maroz Tailoring apabila mengadakan jualan amal sempena Aidilfitri di butiknya di Keramat AU3, semalam.

Pengarah Urusan Maroz Tailoring Sdn Bhd, Datuk Maideen Kadir Shah berkata, hasil jualan amal itu akan disumbangkan kepada golongan kanak-kanak yang memerlukan.

"Sekurang-kurangnya satu peratus daripada jumlah jualan sepanjang hari ini (semalam) menerusi pembelian tunai disumbangkan ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Chow Kit.

"Pelanggan bukan saja dapat membeli pakaian yang berkualiti dengan harga berpatutan dalam masa sama dapat membuat amal di bulan Ramadan ini," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Jualan amal selama 18 jam dari 10 pagi semalam hingga 4 pagi hari ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi Oja pada sebelah malam dan Chef Fikri yang menyediakan menu untuk moreh.

Maroz turut menyediakan 300 pek makanan untuk bersahur kepada pelanggan yang datang sempena jualan amal berkenaan.

Sementara itu, pegawai bank, Hazura Mohamad, 39, berkata, inisiatif itu bagus kepada pemilik dan pelanggan.

"Ini satu jualan amal yang bagus kerana di samping kita membeli, kita dapat beramal, pemilik dapat beramal dan kita pembeli pun dapat beramal juga," katanya yang membeli baju Melayu untuk empat anak lelaki.

Ahli perniagaan, Muhiddin Abas, 40, berkata, cara itu patut dicontohi oleh ahli perniagaan lain.

"Pada pandangan saya, inilah yang perlu kita buat kerana selama ini ramai ahli perniagaan mahu beramal,” katanya.

Pensyarah universiti swasta, Mohd Azam Khan Goriman Khan, 57, pula mahu inisiatif itu disokong orang ramai.

“Kita dapat peluang untuk membeli pakaian yang cantik dan pada masa sama kita tahu ia disumbangkan (kepada badan amal). Ini bukan selalu kita dapat buat, jadi bila ada amal yang macam ni kita patut sokong. InsyaAllah," katanya.

Maroz Tailoring yang terletak di Keramat AU3 menjual lebih 50 jenis kelengkapan Aidilfitri dan menawarkan harga yang berpatutan sehingga malam raya nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro