Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

SPNB taja baju raya anak yatim

Kerana terlalu gembira mendapat baju baharu, Nurul Izati Darul Hasyim, 7, tidak betah duduk diam sehingga dibantu oleh kakitangan Jakel Mall di sini untuk mencuba pakaian berkenaan.

Mywalima mahu tarik bakal pengantin kahwin beramai-ramai

Hikayat Events Sdn. Bhd. hari ini memperkenalkan program Mywalima, satu pakej pengurusan perkahwinan serba lengkap secara beramai-ramai di hotel dengan harga yang sederhana.

Pen Emas: Aidilfitri uji kreativiti iklan menyentuh emosi!

“Kenapa baru hari ini nak minta maaf. Aku satu mak, melahirkan kau, kau boleh buat. Aku tak boleh cakap,” rintih seorang ibu tua berkerusi roda. Dengan nada sebak, ibu bernama Rahamah Sabtu itu teresak-esak menempelak anak lelakinya itu, “Aku bukan minta wang ringgit kau.” Tergamam anak lelakinya itu lalu kedua-dua beranak itu bertangisan hinggakan Huda Ali selaku pengacara turut mengalirkan air mata.

Setiap Kementerian Disaran Laksana Kaedah CRM

Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) peringkat kebangsaan yang bersidang di sini hari ini menggesa setiap kementerian melaksanakan pendekatan kaedah Penilaian dan Pengurusan Risiko Rasuah atau CRM.

Penganggur Didenda Kerana Cederakan Isteri

Seorang penggangur didenda RM2,500 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan ke atas isterinya.

'Terima kasih jenguk kami'

Pasir Mas: “Terima kasih kerana sudi jenguk kami di sini dan bawa bersama sumbangan ini,” kata penghuni Rumah Sejahtera Paya Ular, Zaharah Seman, 88.

Harian Metro (HM) semalam berkunjung ke rumah kebajikan itu yang terletak di Bunut Susu, di sini untuk menyampaikan sumbangan wang tunai dan barang keperluan harian program #HMKotakRezeki 2016.

Waspada Ancaman Denggi Di Hari Raya – KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan meminta orang ramai mengambil berat tentang penularan wabak denggi yang membimbangkan dalam kemeriahan mereka menyambut Hari Raya Aidilftiri pada tahun ini.

Padah pecah masuk kereta

Sungai Petani: Lelaki lebam pada mata dan mulut berdarah akibat dibelasah orang ramai ketika cuba melarikan diri selepas cuba memecah masuk kereta di hadapan klinik di sini, hari ini.

Kejadian berlaku 11.30 pagi tadi selepas suspek berusia 40 tahun dilihat membuka pintu hadapan sebelah kiri kereta sebelum perbuatannya disedari pemilik kenderaan terbabit.

Lagi kereta GrabCar diserang pemandu teksi

Kuala Lumpur: Satu lagi kes kereta milik pemandu GrabCar rosak teruk diserang beberapa pemandu teksi ketika sedang mengambil menumpang di pusat beli-belah Mid Valley di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, dalam kejadian 2 pagi itu, pemandu GrabCar berusia 35 tahun didatangi seorang pemandu teksi yang memarahinya kerana mengambil penumpang di kawasan pemandu teksi itu beroperasi.

Cucu curi kad ATM ditahan

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan polis di dua lokasi di Setapak, pagi tadi, selepas didapati mengeluarkan wang berjumlah RM17,000 daripada akaun menggunakan kad ATM tanpa pengetahuan dan kebenaran pemiliknya.

Seorang daripada suspek adalah cucu mangsa yang dipercayai mencuri kad ATM mangsa.