Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Paluan berdarah

Tatau: Ketukan gong dipalu seorang suri rumah bagi menandakan ada kecemasan di rumahnya menyelamatkan wanita itu daripada terbunuh selepas ditembak suaminya di Bukit Kana Ulu, Sangan, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai menghadapi tekanan perasaan menembak isterinya menggunakan senapang patah buatan sendiri dikenali sebagai bekakuk.

Selepas terdengar ketukan gong itu, penduduk kampung memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa yang tinggal berasingan, kira-kira 12.30 tengah hari.

Susulan kejadian itu, wanita berusia 21 tahun itu parah di lengan kanan kerana ditembusi peluru manakala suaminya cedera di leher selepas mengelar dirinya dengan parang.

Nasib turut menyebelahi dua anak pasangan berkenaan masing-masing berusia enam tahun dan lapan tahun yang tidak berada di lokasi kejadian kerana tinggal bersama keluarga mangsa.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Dennis Bunyam berkata, bertindak atas maklumat diterima, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian di sebuah kebun, kira-kira 4.40 petang.

“Suspek diarahkan menyerah diri dan beberapa minit kemudian dia keluar dalam keadaan berdarah di leher dari rumah itu manakala isterinya ditemui terbaring berlumuran darah di lantai rumah berkenaan.

“Pemeriksaan polis di rumah berkenaan menemui selaras senapang patah buatan sendiri bersama satu kelongsong peluru, sebutir peluru hidup dan sebilah parang.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana mempunyai tekanan perasaan berdasarkan rekod perubatan Hospital Bintulu,” katanya.

Katanya, mangsa dan suspek dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil serta memerlukan pemantauan hospital.

“Suspek direman untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro