Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Pengurus besar direman tujuh hari

Putrajaya: Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan salah guna kedudukan untuk memberi lebih 50 projek bernilai RM1 juta kepada dua syarikat milik isterinya.

Perintah tahanan reman sehingga 22 Februari itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, sehingga 22 Februari.

Ia dikeluarkan selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, suspek yang bergari dan memakai baju lokap dibawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 9.40 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Media hari ini melaporkan suspek berusia 62 tahun itu ditangkap dalam operasi dilancarkan SPRM kira-kira jam 11 pagi semalam, di Selangor.

Suspek ditahan kerana menyalahgunakan kedudukannya sejak memegang jawatan sebagai Timbalan Pengurus Besar di agensi kerajaan berkenaan dari 2014 hingga 2016, sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar pada September tahun lalu.

SPRM turut menahan isteri suspek berusia 38 tahun serta menggeledah rumah dan pejabat milik wanita itu di Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro