Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

'Kami bangga dengan pencapaiannya...'

MESKIPUN M Kugen meninggal dunia akibat kanser usus pada Mei lalu, keluarganya tetap berbangga dengan pencapaian penuntut Ijazah Sarjana Muda Teknologi itu ketika mewakili mendiang mengambil ijazah berkenan pada Konvokesyen ke-55 Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

Ibunya, S Maligga, 55, berkata Kugen menyedari simptom kanser berkenaan pada Disember tahun lalu, namun merahsiakan penyakit berkenaan daripada keluarga dan berusaha menamatkan pengajiannya.

Menurutnya, anak sulung daripada dua beradik itu dikatakan sudah beberapa kali menjalani pemeriksaan di klinik dan hospital, namun doktor hanya mengesyaki Kugen mengalami sakit otot biasa berikutan aktif membina badan di gimnasium.

Tadbir urus yang baik dasar pentadbiran kerajaan

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, tadbir urus yang baik sudah menjadi dasar pentadbiran kerajaan selepas beliau mengambil alih kepimpinan sejak 2009.

Menurut Najib, amalan tadbir urus yang baik yang diamalkan kerajaan ketika ini adalah seiring dengan konsep demokrasi.

Katanya, tiga inisiatif yang diperkenalkan iaitu konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta Program Transformasi Ekonomi (ETP) mengandungi elemen tadbir urus kerajaan yang baik.

Barang tiruan RM96,720 dirampas

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor merampas pelbagai jam dan kasut berjenama tiruan serta cakera video digital (DVD) bernilai RM96,720 dalam serbuan di Pasar Borong Pandan, Johor, malam ini.

Pengarahnya, Khairul Anwar Bachok berkata kejayaan berkenaan hasil risikan dan pemantauan sepasukan 70 anggota penguatkuasa KPDNKK diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Aris Mamat, pada jam 8 malam tadi.

"Pemeriksaan besar-besaran ini diadakan di kawasan perniagaan Pasar Borong Pandan di sini, bagi membanteras penjualan barang tiruan yang dilakukan ke atas premis menjual kasut, jam tangan serta VCD di dalam pasar raya itu.

Kegigihan dibalas anugerah

KEGIGIHAN seorang bekas pengetua sekolah berbakti kepada masyarakat membolehkannya dinobat sebagai Ikon Warga Emas Cemerlang Negeri Kedah dalam Sambutan Hari Warga Emas dan Orang Kurang Upaya Kedah di Rumah Seri Kenangan, Bedong, Sungai Petani, hari ini.

Abdul Halim Ismail 71, dari Taman Melati, Pendang berkata, dia terharu apabila mendapat anugerah berkenaan kerana menyifatkannya terlalu besar buat dirinya.

Katanya, anugerah itu didedikasikan untuk keluarga dan masyarakat yang sentiasa menyokong kerjaya sukarelawan walaupun berada dalam lingkungan usia warga emas.

Ditahan ketika khayal dadah

PEMILIK kedai cuci kereta antara empat ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda di Kampung Padang Buluh, di Sungai Petani, semalam.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda Shamshuri Yusoff berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan di rumahnya ketika dalam keadaan khayal akibat dadah.

"Ibu bapa lelaki ini dikatakan sudah lama bercerai dan dia tinggal di sebuah rumah yang tidak terurus manakala ibu dan adik perempuannya tinggal di rumah berasingan yang terletak di belakang rumahnya.

Tinggal sofa...

DILENGKAPI dengan sofa empuk dan penghawa dingin serta lantai yang dilapik dengan permaidani.

Itu gambaran dua premis judi dalam talian di Jalan Gemilang, Pusat Perniagaan Gemilang, Kota Warisan, Sepang yang diserbu polis, malam semalam.

 

Dalam serbuan kira-kira 9.30 malam itu, tiada rampasan dilakukan memandangkan premis berkenaan sudah dikosongkan lebih awal malah, tiada set komputer ditemui.


 

Apa yang ditemui hanyalah lebih 50 sofa satu tempat duduk yang agak mewah, lima unit penghawa dingin, peti ais dan kerusi urut.

Ustaz Bollywood mahukan penjelasan

"SAYA mahukan penjelasan, di mana rasionalnya mengatakan saya memecahbelahkan antara orang Islam dan bukan Islam," kata pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim susulan beliau diharamkan berceramah serta memasuki negara Singapura.

Haslin yang popular dengan panggilan Ustaz Bollywood berkata, perkara itu membuatkannya seperti 'digantung tidak bertali' kerana diharamkan ke negara itu tanpa diberi penjelasan yang menyeluruh kepadanya mengenai isu yang dibangkitkan.

"Saya pun tercari-cari ceramah yang mana mengatakan saya menggalakkan perpecahan antara rakyat negara itu. 


 

"Dalam dua hari ini, saya mahu bersemuka dengan pihak agama Islam Singapura untuk diberi penjelasan dan tunjukkan video ceramah saya serta di mana tempatnya.

Dua bulan lalu dah dapat petunjuk

ISTERI Allahyarham Ramli Abd Majid, 46, yang mayatnya ditemui Jumaat lalu di Gunung Damavand, Iran selepas hampir setahun hilang, mendapat petunjuk suaminya sudah meninggal dunia menerusi mimpi dua bulan lalu.

Roslida Ablah, 42, berkata, ketika dia tertidur sementara menanti azan Subuh, dia bermimpi dia dan suaminya sedang menunggu sebuah van untuk ke satu destinasi namun hanya dia sahaja yang meneruskan perjalanan.

"Dalam mimpi itu, saya dan arwah mahu menaiki van tetapi sebaik sahaja saya naik tiba-tiba van itu bergerak dan suami saya tertinggal di belakang.

Busuk makin menusuk

Kulai: Isu pencemaran bau dan sungai berpunca dari ladang ternakan ayam dan kilang memproses baja najis haiwan bukan pertama kali berlaku, malah ia sering kali menghantui kehidupan penduduk sekitar terutama di Kampung Murni Jaya sejak tiga tahun lalu.

Biarpun ada di antara ladang ternakan ayam itu sudah menjangkau usia belasan tahun, = kewujudan kilang memproses baja najis ayam itu mengakibatkan kualiti kehidupan penduduk terjejas kerana terpaksa menghidu bau busuk setiap hari.

Penduduk mendakwa, memburukkan keadaan apabila hujan lebat kerana ia mengakibatkan kolam takungan bagi pemprosesan najis haiwan di kilang itu melimpah ke parit sebelum ia mengalir ke Sungai Sayong.

Pujuk bersekolah kembali

Alor Setar: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) sedia memujuk Syawal Mukhriz Abdul Razak, 14, kembali bersekolah supaya tidak terus keciciran pelajaran.

Pengawai JPN Kedah, Abdullah Abdul Manaf berkata, jika bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah itu berminat menyambung pelajaran, pihaknya akan membantu memudahkan urusan berkaitan.

Katanya, pihaknya menyemak status Syawal Mukriz yang dibuang sekolah pada 20 Ogos lalu dan tindakan itu dibuat mengikut prosedur JPN selepas mengeluarkan surat amaran sebanyak tiga kali kepadanya sebelum ini.