Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Perkenal Urutan Malaysia sebagai produk pelancongan

KEMENTERIAN Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) memperkenalkan teknik Urutan Malaysia sebagai produk baru pelancongan negara.

Teknik urutan tradisional yang menggabungkan empat kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan masyarakat Pribumi itu bakal bersaing dengan urutan negara lain yang kini membanjiri premis spa di negara ini.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Urutan Malaysia adalah satu produk penjagaan diri jenama Malaysia yang diilhamkan pakar dan penggiat industri spa negara dibangun dan diolah mengikut acuan Malaysia.

“Banyak amalan masyarakat kita seperti urutan tradisional, mandian herba, lulur atau berbengkung diamalkan sejak turun temurun untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan mempunyai potensi besar untuk dipromosi serta dipasarkan sebagai produk pelancongan negara.

“Urutan Malaysia yang menggabungkan teknik urutan Melayu untuk belakang badan, Cina (pernafasan dan rendaman kaki), India (kepala) dan Pribumi pula untuk kaki bakal membawa revolusi baru dalam industri kesihatan” katanya selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Tenaga Pengajar Spa Urutan Malaysia di Institut Karisma di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau turut mengumumkan Urutan Malaysia akan dijadikan sebagai salah satu syarat wajib dalam penarafan bintang dan modul wajib dalam latihan ahli terapi spa di negara ini berkuatkuasa Julai ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro