Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Dua lagi meninggal dunia

DUA lagi mangsa yang terhidu gas karbon monoksida ketika membuat kerja kimpalan pada kapal tangki gagal diselamatkan selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Besar Tawau, semalam.

Mangsa, Jamaluddin Lalo, 25 dan Yadi Lalo, 24, disahkan meninggal dunia kira-kira 6.30 petang ketika menerima rawatan kecemasan di hospital itu.

Sebelum itu, seorang warga tempatan Tsen Gaw Ming, 29, turut disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas ketika cuba menyelamatkan dua mangsa yang terperangkap selepas melakukan kimpalan di Jeti Kampung Apas Parit, dekat sini.

Reman dilanjutkan enam hari lagi

TEMPOH reman anggota polis berpangkat Koperal dan seorang pemandu van dilanjutkan enam hari lagi oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini, bagi membantu siasatan kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.

Perintah lanjutan reman yang bermula esok hingga 30 Mei itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Azrel nafi tak berdisiplin

Penggambaran drama Yes Sir Nak Pergi Mana terbitan JNI Creative Sdn Bhd tertangguh apabila dikatakan sering bertukar jadual penggambaran hingga menyukarkan semua yang terbabit dalam penggambaran drama itu.

Pelakon dan kru pula menuntut bayaran serta pelbagai rentetan lain.

Kemuncaknya apabila dua pelakon utama drama itu, Azrel Ismail dan Risteena Munim berdepan tuntutan saman RM1.5 juta selepas didakwa melanggar kontrak.

Sudah tertulis

Chukai: Tular di Facebook harga sepinggan nasi dengan lauk dua potongan sotong, seekor udang galah dan sayur kangkung yang diambil seorang pelanggan di Warung Aziz Satar di Kampung Geliga Baru, di sini, berharga RM32.

Berikutan gambar yang dimuat naik pemilik akaun Facebook, Syed Ikram pada Jumaat lalu menyebabkan netizen memberi reaksi termasuk mengecam pemilik kedai makan berkenaan.

Mak bapak jahanam!

Kuala Lumpur: Sepasang suami isteri tergamak menggunakan wang belanja persekolahan anak-anak untuk membeli dadah syabu setiap hari.

Tindakan itu menyebabkan tiga anak pasangan yang tinggal di Desa Tun Razak, di sini, tercicir persekolahan dan dibiarkan hidup dalam keadaan tidak terurus.

Difahamkan, pasangan berusia 37 dan 40 tahun itu turut mengambil dadah di hadapan anak masing-masing di kediaman mereka.

Dihina tetapi halal

Seremban: “Mungkin ramai menganggap kerja kami hina dan kotor, tetapi itulah sumber rezeki yang halal untuk anak dan isteri,” kata Md Zaidi Yahya, 48, pemandu lori kompaktor SMW Environment Sdn Bhd menceritakan pengalamannya bekerja sebagai pemandu lori sampah di daerah ini.

Md Zaidi berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai pemandu lori kontena dari daerah ini ke Singapura namun memilih untuk berhenti kerja kerana jauh daripada keluarga pada 2008.

Buang sial bala menimpa

Segamat: Hajat seorang ibu mahu membuang sial anaknya, tetapi musibah mendatang apabila dia diperdayakan dua wanita sehingga kerugian RM8,000 dalam kejadian di Labis, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, wanita berusia 69 tahun itu menjadi mangsa penipuan didalangi dua wanita yang mendakwa mempunyai kebolehan untuk mengubah nasib seseorang dengan dibantu seorang tukang tilik yang didakwa sudah membantu ratusan individu sehingga berjaya.

Segalanya bermula ketika mangsa bertemu seorang wanita berusia 40-an di pasar malam Dataran Labis jam 4.30 petang yang mendakwa mempunyai daun yang boleh menyembuhkan pesakit lumpuh.

Buang sial bala menimpa

Segamat: Hajat seorang ibu mahu membuang sial anaknya, tetapi musibah mendatang apabila dia diperdayakan dua wanita sehingga kerugian RM8,000 dalam kejadian di Labis, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, wanita berusia 69 tahun itu menjadi mangsa penipuan didalangi dua wanita yang mendakwa mempunyai kebolehan untuk mengubah nasib seseorang dengan dibantu seorang tukang tilik yang didakwa sudah membantu ratusan individu sehingga berjaya.

Gelandangan berkaki satu

Kuantan: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib Mohd Radzuan Che Mat, 56, yang bukan saja kehilangan kaki kiri akibat diabetes malah hidup merempat di padang bola di depan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, di sini, sejak dua tahun lalu.

Menceritakan nasib malangnya kepada wartawan, Mohd Radzuan berkata, dia kini menjadikan kawasan kerusi pemain di padang itu sebagai tempat tidurnya selepas hilang hala tuju.

Katanya, sejak tidak mampu bekerja dia hidup sebatang kara apabila isterinya menuntut cerai, sekali gus memaksa dia meninggalkan ‘mahligai bahagia’ mereka selama 25 tahun.

Rombakan besar-besaran PDRM tidak diumum

ROMBAKAN dalaman secara besar-besaran yang sedang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan dihebohkan atau diumumkan secara terperinci bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif terhadap pegawai yang terbabit.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, persepsi negatif itu harus dielakkan selepas pegawai berkenaan dipindahkan ke tempat tertentu mengikut kesesuaian nanti.

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menyambut baik terhadap usaha yang diambil oleh PDRM untuk melakukan perubahan dalaman organisasi berkenaan.