Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

CEO didenda RM5,000 sebabkan kuda sakit, sengsara

Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini kerana menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan terhadap seekor kuda jantan miliknya.

 

Kaulah segalanya...

Kuala Lumpur: “Sebelum berjaya, keluarga dan Aina (tunang) adalah orang yang selalu menyokong saya, jika bukan mereka mungkin saya bukan siapa-siapa hari ini.

“Jadi apabila kini saya diberikan rezeki lebih, apa salahnya kalau saya beri ganjaran dan penghargaan seperti ini kerana memang mereka layak menerimanya,” demikian kata Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad, 24, atau lebih dikenali Hafiz Mahamad.

Nukilan sentuh kalbu

Kuala Terengganu: Muhammad Ramadhan Alias, 20, yang menghidap leukemia tahap empat berlepas ke Madinah untuk mengerjakan umrah bersama ibunya, Saibah Yaacub, 57, dengan penerbangan MH8000 kira-kira jam 1 petang semalam, sekali gus impiannya untuk ke Tanah Suci kian menjadi kenyataan.

Pemuda yang dimaklumkan doktor merawatnya bahawa hayatnya hanya bertahan lima bulan itu amat berharap untuk menjejakkan kakinya ke Tanah Suci.

Kisahnya yang mahu mengerjakan umrah itu mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman hingga sanggup menajanya menerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) serta kerajaan negeri.

Perkukuh kerjasama dengan NGO Myanmar

Yangon: Bagi memastikan kelicinan misi Food Flotilla For Myanmar, hubungan sedia ada dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan diperkukuh untuk membentuk kerjasama mantap semua program kemanusiaan kedua-dua negara.

Naib Presiden Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) Harridzs Mohan Abdullah berkata, setakat ini beberapa NGO ditemui memberikan kerjasama mantap kepada delegasi Malaysia dan semua perbincangan diadakan begitu positif.

Balasan mulut jahat

Melaka: Padah memaki polis, seorang wanita diperintah membayar denda RM100 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas perbuatannya.

Siti Nurjannah Abd Aziz, 25, dari Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor, membuat pengakuan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa sengaja berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan kata-kata menghina terhadap anggota polis di sebelah restoran di Kilometer 7 Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) pada jam 5.30 petang, 27 Disember lalu.

'Kami kenal dia'

Sungai Buloh: “Tidak sangka juruteknik pendingin hawa itu yang dikenali dengan sikap rajin bekerja tergamak menculik anak saya yang bakal berkahwin,” kata ibu kepada mangsa culik di Batu 15, Sungai Plong, dekat Sungai Buloh di sini, Selasa lalu.

Wanita berusia 50-an yang enggan mendedahkan namanya berkata, keluarganya mengenali seorang daripada dua penculik yang menculik anak perempuannya berusia 28 tahun itu.

Meletup dalam poket seluar

Kuala Lumpur: Peniaga berusia 30 tahun melecur paha kiri selepas telefon pintar yang disimpan di poket kiri seluarnya tiba-tiba meletup, 8 Januari lalu.

Kejadian kira-kira 10 pagi itu turut menjadi tular di laman sosial.

Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Adi berkata, dia yang ketika itu menghadiri Majlis Khatam al-Quran di Rawang terkejut apabila telefon bimbitnya itu meletup dan terbakar tanpa disedarinya.

Ibu tunggal maut kemalangan di Australia

Butterworth: Ibu tunggal yang bekerja sebagai pemetik buah di Australia, Zainab Ahmad maut dalam kemalangan di Victoria, Ahad lalu.

Arwah Zainab, 40, yang sudah tiga bulan bekerja di sana maut selepas kereta dinaiki bersama seorang lagi rakannya merempuh kereta di Kamarooka,Victoria.

Abang mangsa, Yahya Ahmad, 44, berkata, dia serta abang, ayah dan dua orang anak Zainab akan berlepas ke Melbourne malam ini bagi urusan pengebumian.

Pemandu bas cedera kemalangan

Machang: Pemandu bas ekspres cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas ekspres dan treler di Labok, Jalan Machang-Kota Bharu, hari ini.

Dalam kejadian 5 pagi itu, Latpi Zakaria, 54, patah kaki kiri selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

Bagaimanapun, lebih 50 penumpang kedua-dua bas ekspres serta pemandu lori dan kelindan tidak mengalami kecederaan.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

Difahamkan kejadian berlaku apabila bas ekspres dipandu Latpi merempuh belakang treler sebelum dilanggar sebuah lagi bas ekspress.

Penyamun kedai 24 jam dicekup polis

Simpang Ampat: Seorang lelaki berusia 25 tahun dicekup polis jam 2 pagi hari ini selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Bandar Tasek Mutiara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 semalam, suspek lengkap bersenjatakan pisau itu menyerbu masuk ke dalam kedai serbaneka berkenaan sebelum mengugut pekerja kedai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, suspek kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai di dalam kaunter serta beberapa kotak rokok.