Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Rampas pencuci jenama Daia tiruan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah rampas 3,145 sabun pencuci jenama Daia tiruan bernilai RM14,125 di beberapa pasar raya di sekitar Kota Kinabalu, Putatan dan Keningau, semalam.

Rampasan dilakukan selepas penguat kuasa melaksanakan serbuan serentak di lokasi berkenaan bermula kira-kira 1.30 tengah hari.

 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sabah, Yahya Sujak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penjualan produk tiruan itu daripada ibu pejabat syarikat pengeluaran sabun pencuci terbabit.

"Rampasan membabitkan pelbagai jenis sabun pencuci Daia seberat 850 gram.

"Penjualan produk tiruan ini mula disedari apabila ramai pengguna membuat aduan kepada syarikat pengeluar yang mengatakan sabun itu tidak mengeluarkan bau harum ketika digunakan.

"Berdasarkan laporan, pihak syarikat melakukan pemantauan sebelum memaklumkan kes kepada KPDNKK Sabah bagi tindakan lanjut," katanya ketika sidang media, hari ini.

Yahya berkata, pihak akan melaksanakan siasat lanjut terhadap pasar raya dan pembekal selain serbuan berterusan bagi merampas semua sabun tiruan jenama berkenaan di seluruh negeri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) (B) Perihal Dagangan 2011," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro