Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Razif Ketua JSJK Perak baru

BEKAS Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sabah, Superintendan Md Razif Alang Mad Jaya dilantik sebagai Ketua JSJK Perak yang baru berkuatkuasa hari ini.

Beliau yang berkhidmat selama 38 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggantikan Superintendan Lee Ewe Kiang, 60, yang bersara wajib bermula esok selepas meyandang jawatan itu selama dua tahun tiga bulan sejak Mei 2015.

Mohd Razif, 53, sebelum ini pernah menyandang jawatan Ketua Bahagian Jenayah Komersil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Ketua JSJK dan Ketua JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah selama lapan tahun.

Majlis serah terima tugas antara Mohd Razif dan Ewe Kiang disaksikan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan di Bilik Mesyuarat Utama, IPK Perak, di Ipoh hari ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro