Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

SPRM serbu pejabat Exco

LIMA pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menyerbu pejabat Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh, di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown, 12.50 tengah hari tadi.

Pemeriksaan dilakukan bagi mendapatkan maklumat dan keterangan mengenai operasi kilang haram memproses habuk kayu yang beroperasi sejak 15 tahun lalu di Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh.

Sumber berkata, dalam pemeriksaan itu, dua beg dipercayai berisi dokumen diambil untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.

"Tiada sebarang keterangan ataupun tangkapan dilakukan buat masa ini kerana masih lagi dalam peringkat awal siasatan," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro