Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Ibu maut, ayah lemas, anak melecur

WARGA emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Bengkok, Kampung Baru Buntong, Ipoh, pada 1.45 pagi, hari ini.

Lam Ah Hoo, 76, ditemui rentung di celah runtuhan bangunan manakala suaminya berusia 82 tahun sesak nafas.

Anak perempuan mereka yang berusia 51 tahun melecur lima peratus di belakang badan dan tengkuk.


 

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, P Samasuvam, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.52 pagi.

Tampung segala kekurangan

Memilih bidang hiburan sebagai jalan hidup dan kecintaan yang perlahan-lahan disemai sejak empat tahun lalu sedang membuahkan harapan.

Amira Othman kini umpama bunga yang sedang mekar.

Bermula dengan penyertaan dalam program realiti Akademi Fantasia (AF) 2013, pemilik nama sebenar Nadia Amira Othman kini semakin aktif menebarkan bakat dalam bidang lakonan.


 

Selepas mencipta nama menerusi drama bersiri Abang Bomba I Love You, gadis berusia 24 tahun ini mewarnai kaca televisyen menerusi drama Red Velvet pula arahan Michael Ang.

'Ubat' panas baran

Melaka: Pemuda yang juga penghuni Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas, di sini, menganggap sukan tinju diceburi sepanjang ditahan di sekolah pemulihan akhlak itu sebagai ‘ubat’ mujarab dalam meredakan sikap panas barannya yang menjadi-jadi terutama ketika zaman remajanya.

Pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Razlan berusia 20-an berkata, akibat gagal mengawal sikap panas baran, dia kerap bertumbuk sebelum ditahan di SHG sejak 2015 selepas didapati bersalah atas kesalahan melakukan ugutan.

Dia menganggap keputusan mahkamah itu mempunyai hikmah kerana dapat mengawal sikap panas baran selepas aktif dalam sukan tinju.

Menyesal tak sudah

Arau: Hanya kerana memenuhi tuntutan nafsu yang bersifat sementara, seorang lelaki terpaksa menghabiskan usia muda dalam penjara apabila disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 304A, Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian dengan cuai.

Prabu (bukan nama sebenar), 34, berkata kejadian yang berlaku kira-kira lapan tahun lalu tidak mungkin dilupakan seumur hidupnya.

“Saya mengaku terbabit dalam satu kes pembunuhan kira-kira lapan tahun lalu di sebuah daerah di Pulau Pinang bersama seorang lagi rakan sebaya.

Si kembar sehati sejiwa

Bachok: Kembar lelaki antara 62 Pegawai Bomba Bantuan (PBB) yang ditauliah, semalam selepas menamatkan latihan selama 10 hari di Pusat Latihan Negeri di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok.

Adik Akimi Mat Husin, 23, dan kembarnya, Abang Adna dari Jeram Tekoh, Gua Musang nekad mengikuti latihan PBB kerana mahu membalas jasa ibu bapa mereka.

Kesungguhan kedua-duanya terbukti apabila berjaya menamatkan latihan itu dan Adik Akimi berkata, elaun diterima hasil daripada khidmat berkenaan akan digunakan untuk meringankan beban keluarga.

Si remaja penyamun...

LIMA lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dicekup polis selepas didapati terbabit dengan aktiviti jenayah samun berkumpulan di kawasan Kinarut, Papar, hari ini.

Dalam tangkapan antara jam 1 dan jam 6 pagi itu, semua suspek berusia antara 15 hingga 30 tahun ditahan di beberapa lokasi oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

 

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman berkata, semua suspek dipercayai terbabit kes samun pasangan suami isteri berhampiran premis membuat sofa di pekan Papar, 28 Oktober lalu, membabitkan kerugian telefon bimbit dan wang tunai RM350.


 

"Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan lanjut dan berjaya menjejaki kelima-lima suspek di sekitar kawasan Kinarut dalam serbuan bermula jam 1 pagi tadi.

Teman lelaki disyaki membunuh

POLIS mengklasifikasikan kes kematian seorang wanita yang ditemui berlumuran darah di tepi jalan di Kilometer 5 Jalan Papar Baru-Kota Kinabalu, Jumaat lalu, sebagai kejadian bunuh.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman berkata, ia selepas pihaknya melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.

 

Beliau berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa dan teman lelakinya yang memandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Papar.

Bersih kebun jumpa tengkorak manusia

Jasin: Seorang bekas tentera dikejutkan dengan penemuan tengkorak manusia ketika sedang membersihkan kebun getah miliknya di Kampung Solok Komong, Simpang Bekoh di sini, 10.30 pagi semalam.

Lelaki berusia 42 tahun itu menemui tengkorak terbabit di bawah rimbunan daun dan ranting pokok ketika sedang menebas semak sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya, termasuk unit forensik, bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama.

Tuai dosa dalam masjid

Gombak: Kelibat toyol memakai baju-T biru dikesan membuat onar di masjid Taman Sri Gombak, di sini.

Itu yang dilakukan seorang penjenayah yang bertindak melarikan beg tangan milik seorang jemaah wanita yang sedang sujud bersembahyang.

Dalam kejadian jam 4.41 petang kelmarin, mangsa dikatakan menunaikan solat Asar di ruangan khas untuk wanita.


 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian berkenaan, suspek yang memakai baju-T berwarna biru dan seluar jean dilihat memasuki ruang solat bahagian lelaki terlebih dahulu.

Pernah ditipu, hampir gagal...

PERNAH ditipu dan hampir gagal memasarkan produk sos pencicah ke seluruh Malaysia, namun Zarinah Mohd Zain, 58, tidak pernah patah semangat sebaliknya, nekad berusaha walaupun jalan dilalui penuh liku.

Katanya, memasarkan sos pencicah yang menggunakan jenama UMMI itu tidak mudah, namun selepas 20 tahun, dia kini boleh berbangga apabila produknya sebaris jenama terkenal lain.

Wanita cekal itu ditemui selepas menerima Anugerah Pemasar Tani Jaya sempena Hari Peladang, Penternakan dan Nelayan serta Ekspo Teknologi Hijau Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, hari ini.