Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

UniMAP lancar tabung kemanusiaan Rohingya

PRIHATIN dengan nasib Rohingya yang menjadi pelarian, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya UniMAP hari ini.

Naib Canselor UniMAP Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, menyedari penderitaan etnik itu, UniMAP melancarkan tabung berkenaan sebagai tanggungjawab sosial universiti hari ini, juga sempena Istiadat Konvokesyen ke-12 UniMAP.

Menurut Zul Azhar, pihaknya berharap orang ramai di Perlis dapat membantu etnik berkenaan melalui tabung itu.

Murid SK Dato' Wan Kemara pandai bercerita

SEKOLAH Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Changlun, Kedah, yang berstatus sekolah luar bandar mencipta kegemilangan memenangi dua pingat emas dan dua pingat gangsa Pertandingan Bercerita Peringkat Antarabangsa 2017 di Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang, semalam.

Guru Besarnya Mohd Nizam Saidin berkata, 297 peserta dari lima negara ASEAN menyertai pertandingan itu.

“Wakil sekolah Qutrin Nada Fakrul Anuar, 12, dan Nur Afifah Syuhada Ezwan, 10, menang pingat emas bagi kategori Bahasa Arab dan Melayu.

Bau hangit penyelamat

BAU hangit menyelamatkan dua beranak daripada terperangkap dalam kebakaran di Kampung Teluk Kandis, Jalan Salor, Kota Bharu, 10.35 pagi hari ini.

Difahamkan ketika kejadian, dua beranak itu, Salina Abdul Razak, 50, dan anaknya, Mohd Azim Ibrahim, 12, berada di dalam bilik masing-masing sebelum terhidu bau hangit.

Kedua-duanya bergegas keluar dan tiada kecederaan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun, kediaman mereka 60 peratus terbakar.

Diarah tutup

KERAJAAN negeri Johor mengarahkan operasi sebuah kilang memproses baja tahu ayam dan ladang ayam telur di Layang Layang, Kluang yang dikenal pasti menyumbang kepada pencemaran ammonia di Sungai Johor ditutup.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mengikut maklumat diperoleh, syarikat berkenaan beroperasi di kawasan sama dan terletak sejauh kira-kira sekilometer dari kawasan pembebasan ammonia berkenaan.

Menurutnya, kesalahan itu dipandang serius berikutan ia dipercayai dilakukan berulang-kali.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan kejadian seumpama itu dan menggesa Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (Bakaj) mengambil tindakan bersesuaian.

Sekolah perlu ada perpustakaan digital

KEWUJUDAN perpustakaan digital sejak tahun lalu membantu murid dan pelajar untuk memperoleh maklumat Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) secara lebih berkesan.

Berikutan itu, semua sekolah rendah dan menengah di negara ini digalak menyediakan kemudahan berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Dr Suhaimi Kadir berkata, guru terlatih disediakan khusus untuk memberi tunjuk ajar bagi pencarian maklumat berkenaan.

Maut dirempuh van

SEORANG kakitangan landskap maut dirempuh van dalam kemalangan di dalam kawasan Kelab Desa Rantau Petronas Kemasik, dekat Chukai, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi, Hasim Awang,58, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja memangkas pokok sebelum dirempuh van jenis Nissan Vanette itu.

Difahamkan, van terbabit sebelum itu berhenti sementara tidak jauh dari mangsa bekerja untuk memindahkan barangan ke dalam kelab berkenaan.

Bagaimanapun, ketika pemandu van terbabit cuba mengalihkan kenderaannya itu,secara tiba-tiba van berkenaan bergerak laju dan merempuh mangsa yang sedang bekerja.

Kubur Nur Aliya digali semula

POLIS membuka kertas siasatan kes kematian Nur Aliya Syifa Murad, 5, yang dadanya tertusuk serpihan batu pengasah mata pisau mesin rumput di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan, Alor Setar, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihaknya sudah memperoleh perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan.

Tak sempat sampai rumah

PELAYAN restoran maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Tambunan, berhampiran Kampung Pomotodon, Tambunan, pagi hari ini.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi, mangsa Benetto Jeffrey, 21, meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Ahmad Jawila berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pomotodon dari arah pekan Tambunan, dekat sini, sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira.

Maut tidak sempat elak kepala air

SEORANG lelaki berusia 33 tahun ditemui lemas dipercayai dihanyutkan kepala air ketika mandi bersama keluarganya di Sungai Pecah Batu, Trong, Taiping, hari ini.

Mayat R Saravanan ditemui pada 4.40 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat, kira-kira satu kilometer (km) dari lokasi dia dipercayai dihanyutkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Penolong Kanan Penguasa Bomba Hasna Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.09 petang.

Polis tahan pemandu lori ais

PEMANDU lori ais yang terbabit dalam kemalangan meragut sembilan nyawa di Kilometer 45, Jalan Ayer Kuning - Mambang Diawan dekat Tapah kelmarin, ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pemandu lori berusia 22 tahun itu yang luka serta cedera di kaki serta kepala, dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Pemandu lori itu bagaimanapun dibenarkan keluar hospital pada 7.30 malam tadi sebelum dia dibawa ke Pejabat Trafik Daerah Tapah.