Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Tamak punca ramai peguam tersasar

Sikap tamak dikenal pasti menjadi punca standard pengamal undang-undang negara menurun terutama di Semenanjung Malaysia, kata bekas hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Ahmad.

Menurut beliau, terdapat peguam menganggap kerjaya mereka sebagai perniagaan yang mampu menjadikan mereka kaya dengan pantas.

Beliau yang bersara wajib semalam daripada jawatan pengerusi Lembaga Tatatertib Peguam cara, berkata ia mengecewakan apabila kerjaya peguam yang selama ini dianggap “profesion mulia” dijadikan jalan untuk mendapatkan kekayaan.

Beliau adalah hakim Mahkamah Rayuan semasa bersara daripada badan kehakiman pada Disember 2012.

Memberi contoh kes peguam yang juga merupakan pemberi pinjaman wang kepada pelanggan mereka dan dengan itu melakukan salah laku serius di bawah Akta Profesion Undang-Undang.

Beliau berkata, beberapa peguam menubuhkan pejabat serba lengkap hanya untuk menjadi proksi kepada orang lain dalam perusahaan perniagaan.

Beliau menasihatkan peguam muda dan mereka yang bakal menceburi kerjaya itu mendedahkan diri kepada pahit getir dan bekerja keras untuk menjadi pengamal undang-undang berwibawa.

“Jangan menjalani kehidupan dalam keselesaan kamar anda kerana ia hanya akan menjadikan anda hanya hebat pada namanya sahaja,” katanya.

Beliau juga berkata universiti menghasilkan terlalu banyak peguam dan graduan dengan standard berbeza-beza.

“Malah di institusi awam tempatan juga standardnya berbeza-beza,” katanya, sambil menambah kewujudan kolej dan universiti swasta memburukkan lagi keadaan.

Beliau berkata negara sepatutnya menghasilkan purata 200 hingga 250 graduan undang-undang setahun tetapi jumlah sekarang memburukkan lagi keadaan.

Universiti tempatan setiap tahun menghasilkan kira-kira 1,300 graduan undang-undang dan tambahan 200 lagi yang menceburi profesion selepas lulus Sijil Amalan Guaman (CLP).

Kebanyakan graduan tempatan dikecualikan daripada menduduki CLP.

Syed Ahmad berkata kerajaan perlu komitmen dengan mengeluarkan garis panduan dasar dan memeriksa sekolah undang-undang yang ibarat cendawan tumbuh.

- freemalaysiatoday