Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

'Till jannah...

Kuala Lumpur: “Saya yakin majlis nikah adalah debaran hebat bagi setiap pengantin baru. Selain akad nikah, paling mendebarkan adalah pengalaman bersentuhan kali pertama dengan pasangan.

“Apabila saya tanya suami apa perasaannya kali pertama bersentuhan, katanya cemas dan dia bersyukur kerana sentuhan pertama pada orang yang tepat dan halal untuk dia.”

Demikian kata Nurul Hidayah Zaini, 27, mengenai video menyarung cincin pada hari penikahan antara Nurul Hidayah dan suaminya, Mohammad Jazlan Mohamad, 28, yang kembali tular di laman sosial sejak beberapa minggu lalu.

Dalam video berdurasi satu minit yang pernah tular sekitar pertengahan tahun lalu, Mohammad Jazlan kelihatan cemas, menggigil dan mengalirkan air mata ketika mahu menyarungkan cincin di jari Nurul.

“Hampir 10 bulan kami bernikah, masih ramai yang suka menonton video itu. Alhamdulillah mereka ambil dari sudut positif.

“Walaupun mereka tak mengenali kami secara peribadi, ramai yang mendoakan kebahagiaan kami,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp, hari ini.

Tambah Nurul Hidayah yang disatukan dengan Mohammad Jazlan oleh keluarga, dia menganggap ada banyak hikmah jika menurut kata ibu bapa.

“Apabila kita utamakan pendapat ibu bapa, jaga tingkah laku kita, insya-Allah Allah akan jaga kita,” katanya yang sudah tiga tahun menetap di Madinah dan berkerja sebagai jururawat di Hospital Prince Mohammad bin Abdul Aziz National Guard Madinah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro