Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Tragedi tarik wayar elektrik

SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun maut terkena renjatan elektrik di rumahnya di Felda Lurah Bilut, Bentong, malam tadi.

Ketua Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kejadian berlaku pada 11 malam ketika Muhammad Noor Qayyum Noor Asmadi sedang menarik wayar dari dalam rumah ke luar.

"Ketika kejadian, mangsa berada seorang diri di rumah dan cuba menarik lingkaran wayar elektrik ke luar rumah berdasarkan penemuan beberapa lingkaran wayar di tempat kejadian.

"Seorang rakan mangsa yang berada tidak jauh dari tempat kejadian terdengar jeritan mangsa dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui remaja itu tidak sedarkan diri di atas tanah," katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Menurutnya mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Lurah Bilut sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas dan mayatnya dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga hari ini.

Mansor berkata, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan melecur di tangan kiri mangsa akibat aliran elektrik dan polis mengklasifikasikan kematian remaja itu sebagai mati mengejut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro