Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Tujuh das jarak dekat

DUA lelaki cedera ditembak dari jarak dekat oleh suspek menggunakan pistol semi auto di kedai kopi dekat pekan Bukit Gambir, Tangkak, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, dua mangsa 30-an sedang minum pagi bersama rakan di kedai berkenaan sebelum didatangi suspek.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, suspek yang tidak dikenali mangsa itu datang ke kedai berkenaan dengan memakai topi keledar bertutup penuh sebelum melepaskan tujuh das tembakan ke arah kumpulan mangsa.


 

"Selepas melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah kumpulan berkenaan, suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal.

"Dua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Muar dan Melaka untuk mendapatkan rawatan.

"Mereka dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Mohd Khalil menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supay

 

a segera menyalurkannya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tangkak, Asisten Superintendan Azmi Ali di talian 012-3344200 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9787471.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source mymetro