Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Tujuh kenderaan tinggal rangka

TUJUH kediaman dan tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Jeti, Kampung Yap Chun, Bagan Serai, awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Abdul Nasir Jalil, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 3.58 pagi.

Menurutnya, kebakaran turut memusnahkan stor, namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Kebakaran memusnahkan kediaman terbabit antara 40 hingga 90 peratus.

“Tujuh kenderaan juga terbabit iaitu Toyota Vellfire, Suzuki SJ, Suzuki Swift, Perodua Kancil, Mitsubishi Triton dan dua lori yang terbakar antara 10 hingga 90 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Nasir berkata, 59 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba Kurau dan Pasukan Bomba Sukarela Bagan Serai, Jawi dan Nibong Tebal, Pulau Pinang, terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian, masih dalam siasatan,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source mymetro