Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

8 termasuk anak timbalan menteri didakwa esok

Kertas siasatan ke atas lapan penyokong Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman termasuk anaknya yang merusuh di lobi bangunan Parlimen kini siap dan semua mereka akan didakwa esok.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, polis akan menuduh lapan individu terbabit mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh pada 24 November lalu di di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

"Semua yang akan didakwa itu adalah antara lebih 10 individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini selepas menyaksikan majlis serah terima tugas timbalan ketua polis Kuala Lumpur.

Kelapan-lapan mereka terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 33 tahun hingga 55 tahun.

Pada kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad diserang penyokong Tajuddin yang juga adalah ahli parlimen Pasir Salak.

Ia susulan pertikaman lidah sebelum ini membabitkan perkataan "sial" antara Khalid dengan Tajuddin selepas timbalan menteri itu melabelkan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Tajuddin juga adalah ketua bahagian Umno Pasir Salak.

Polis kemudian menahan 11 suspek - termasuk tiga wanita - untuk membantu siasatan.

- malaysiakini