Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 
Balu Adenan wakili BN bertanding PRK DUN Tanjong Datu

KUCHING 1 Feb. – Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sebulat sua­ra memilih balu kepada Tan Sri Adenan Satem, Puan Sri Jamilah Anu, 62, sebagai calon mewakili parti itu untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 18 Februari ini.
Jamilah Anu

Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pemilihan Jamilah sebagai calon untuk mempertahankan kerusi disandang oleh arwah suaminya, dipersetujui oleh semua ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di peringkat akar umbi, para pe­mimpin parti komponen BN negeri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Presiden PBB berkata, Jamilah paling sesuai menjadi calon di kawasan berkenaan kerana sentiasa ada bersama Allahyarham sepanjang menjadi wakil rakyat di situ dan diyakini mampu meneruskan tugas yang diamanahkan oleh arwah suaminya sebelum ini.

“Hari ini, saya telah mengadakan mesyuarat dengan pihak kepemimpinan PBB, diikuti mesyuarat bersama pemimpin PBB kawasan Tanjong Datu dan rakan-rakan dari­pada parti komponen BN bagi membincangkan mengenai PRK DUN Tanjong Datu.

“Selepas perbincang­an dengan seluruh kepemimpinan PBB dan BN, kami memutuskan bahawa calon mewakili BN untuk PRK DUN Tanjong Datu ialah Puan Sri Jamilah,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mesyuarat di Ibu pejabat PBB, Jalan Bako di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, sebagai insan yang selalu menemani Adenan melawat kawasan, Jamilah cukup kenal dan rapat dengan masyarakat berbilang kaum serta agama di DUN Tanjong Datu.

Justeru ujar beliau, pihaknya yakin sebagai mana sokongan kepada Adenan, begitu juga akan diberikan oleh pengundi kawasan itu kepada Jamilah pada PRK kali ini.

Selain itu, katanya, Jamilah mampu menarik sokongan pe­ngundi kerana aktif turun padang bertemu dengan rakyat di peringkat akar umbi dengan Adenan, bukan sahaja semasa Allahyarham menjadi Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Tanjong Datu tetapi ketika menyandang kerusi DUN Muara Tuang dan Ahli Parlimen Batang Sadong.

“Saya sudah memaklumkan tentang pencalonan ini (bertanding di DUN Tanjong Datu) kepada Puan Sri Jamilah dan beliau sendiri menyatakan kesanggupan untuk bertanding.

“Disebabkan masih bersedih dengan pemergian Allahyarham, jentera BN akan mewakili beliau menjalankan kempen, namun Puan Sri Jamilah akan hadir semasa hari penamaan calon nanti,” ujarnya.

SPR menetapkan 4 Februari ini sebagai hari penamaan calon, diikuti pengundian awal pada 12 Februari dan 18 Februari sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Tanjong Datu yang kosong selepas pemergian Adenan akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak pada 11 Januari lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) lalu, Adenan berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2006 dengan majoriti 5,892 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jazolkipli Numan.

Source Utusan Malaysia

Video oleh MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/video-balu-adenan-wakili-bn-bertanding-prk-dun-tanjong-datu-1.439317#sthash.VmDGIYrk.dpuf