Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Kolaj, buku kartun rosak: Zunar dapat RM18,000

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintah supaya kartunis politik Zunar dibayar RM18,000 sebagai ganti rugi ke atas kerosakan lukisan kolaj aslinya yang dirampas bersama-sama 66 naskhah kumpulan komik bertajuk Cartoon-O-Phobia, tujuh tahun lalu.

 

Proton Perdana, wang sempena 71 tahun Umno

Sempena sambutan bagi memperingati penubuhan Umno, parti itu menawarkan lebih banyak hadiah kepada orang ramai, termasuk sebuah Proton Perdana dan 10 basikal.

 

Hadi maafkan Rafizi

Kuala Nerus: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaafkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkaitan fitnah bahawa parti itu menerima dana 1MDB.

Menurutnya, beliau dengan rendah hati memaafkan Naib Presiden PKR terbabit di atas dakwaannya itu.

"Kesalahan dia itu, saya maafkan kerana dia tak tau dosa pahala tetapi kesalahan dengan Tuhan kena taubat," katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, malam tadi.

Mahfuz: Mi segera kena GST bebankan orang susah

Pembentangan penyususunan semula pelepasan dan pengenaan cukai GST memasukan pengenaan GST ke atas mi segera, mi dan laksa kering, satu langkah yang menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar akan membebankan golongan berpendapatan rendah.

 

'Kahwin lepas rogol': Rahman Dahlan terkejut, anggap keji

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan kenyataan ahli Parlimen (BN) Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya mengenai perkahwinan bawah umur dan pernikahan antara perogol dan mangsa.

 

Nazri saran debat di Antartika dengan penguin

Bengang dengan tindakan polis yang sekali lagi membatalkan permit untuk perbahasannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencadangkan supaya majlis itu akan diadakan di auditorium polis di Cheras, atau lebih baik lagi, di Antartika.

 

Art Harun: Debat di Parlimen pun ancaman juga?

Peguam Azhar Harun berkata jika debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz boleh mengganggu ketenteraman awam, maka debat di Parlimen juga patut dianggap sebegitu.

 

Debat di zon industri, alasan ‘penduduk bantah’ tak masuk akal

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan hari ini terus mempersoalkan tindakan polis menghalang debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz, dengan DAP menganggap alasan ia dibantah penduduk setempat tidak dapat diterima kerana ia dianjurkan di kawasan zon perindustrian.

 

Dr Mahathir: Lokasi debat hanya ada kilang, batal kerana takut

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersenda keputusan polis membatalkan kebenaran terhadap penganjuran debat antara beliau dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

 

Ramalan, amaran Nik Aziz jadi kenyataan - wakil rakyat Amanah

Amaran bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar PAS “tidak jatuh lubang sama 2 kali” kini akhirnya benar-benar terjadi, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Baharin Shah.