Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Bos MCA akui masyarakat Cina, kerajaan saling tidak mempercayai

Terdapat kesangsian dan sikap saling tidak mempercayai satu sama lain antara masyarakat Cina dan kerajaan, akui Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan untuk memecahkan kebuntuan, dan melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan kehendak masyarakat tersebut.
 
Bercakap kepada akhbar Sin Chew Daily, Liow berkata Umno kecewa apbila masyarakat Cina menyokong pembangkang pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.
Dalam nada yang sama, presiden MCA berkata masyarakat Cina perlu menyokong kerajaan BN dalam usaha untuk mengekalkan pendekatan sederhana dengan sokongan pelbagai kaum.
 
"Saya perlu tekankan bahawa sokongan Cina amat berharga, mereka boleh mengubah masa depan negara," katanya.
 
Liow, yang juga menteri pengangkutan, berjanji bahawa selagi MCA wujud, parti itu akan memastikan supaya Umno mengamalkan pendekatan sederhana dan demokratik.
 
"Saya orang Cina ... Saya faham ada suara-suara yang tidak berpuas hati. Jadi, saya sering suarakan dalam kabinet bahawa BN harus menangani sentimen masyarakat Cina dan bukannya menyampaikan wang atau barangan semasa pilihan raya umum, dengan andaian mereka boleh mendapatkan sokongan masyarakat Cina sebagai balasan," katanya.
 
Liow berkata masyarakat Cina mahu sumbangan mereka dihargai dan terbabit dalam arus perdana pembangunan negara.
 
Beliau berkata kerajaan juga perlu menangani isu pendidikan Cina, termasuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
 
Sementara itu, Liow tidak percaya akan berlakunya tsunami Melayu pada pilihan raya akan datang.
 
- malaysiakini