Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Hanya 19%, Badan pemikir dakwa Najib PM paling tak popular

Sebuah badan pemikir kerajaan Selangor mendakwa hasil tinjauan menunjukkan Datuk Seri Najib Razak adalah perdana menteri paling tidak popular dalam sejarah negara.

 

Yayasan anak yatim saman Jamil Khir, Yapeim RM20 juta

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan enam pihak lagi disaman oleh Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN).

 

Najib mohon batal saman Tony Pua kerana bermotif politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon untuk membatalkan saman Tony Pua Kiam Wee atas alasan saman yang difailkan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu bermotifkan politik danmenyalah guna proses mahkamah.

 

Kajian: 52 peratus rakyat kecewa dengan kerajaan

Lebih 52 peratus rakyat negara ini hilang kepercayaan terhadap institusi utama, kata laporan Edelman Trust Barometer Malaysia 2017.

 

Polis lulus Himpunan Akta 355

Polis memberi kelulusan kepada pihak penganjur Perhimpunan RUU355 untuk mengadakan perhimpunan aman di Padang Merbok, Sabtu ini bermula 3 petang hingga 12 tengah malam.

 

Mansuh JASA, selamatkan RM22 juta setahun

PKR mengesyorkan penstrukturan semula perkhidmatan awam dengan memansuhkan jabatan, jawatan atau peruntukan yang tidak berkait dengan tugas berkhidmat kepada rakyat tanpa pilih kasih.

 

Bekas pengerusi SPR dakwa Umno guna senarai undi naikkan keahlian

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mendakwa ketua bahagian Umno menggunakan nama daripada senarai pengundi untuk dijadikan ahli Umno supaya ahli parti berjumlah 3 juta.

 

Kecilkan saiz perkhidmatan awam sebelum terlambat

Bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mencadangkan agar kerajaan mengecilkan siz perkhidmatan awam selagi mampu untuk berbuat demikian.

 

8 termasuk anak timbalan menteri didakwa esok

Kertas siasatan ke atas lapan penyokong Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman termasuk anaknya yang merusuh di lobi bangunan Parlimen kini siap dan semua mereka akan didakwa esok.

 

Bekas pembantu Hishammuddin didakwa

Seorang bekas pegawai khas Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika di kementerian pengangkutan hari ini didakwa atas tuduhan rasuah.