Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

FGV: Ribut kecil sudah jadi taufan

Ribut kecil yang melanda Felda Global Venture Bhd (FGV) kini sudah bertukar menjadi taufan.

Begitu gambaran diberikan oleh aktivis Felda PAS Naraza Muda susulan kemelut pentadbiran antara presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan itu Datuk Zakaria Arshad dan pengerusi Tan Sri Isa Abdul Samad.
 
Naraza bagaimanapun melihat alasan berhubung tunggakan bayaran sebuah syarikat asing kepada anak syarikat FGV Delima Oil Products Sdn Bhd hanya “isu teknikal” untuk mengketepikan Zakaria.
“Dengan apa yang berlaku kepada Felda sejak Isa Samad dilantik menjadi pengerusi Felda pada tahun 2011 sehingga di pecat awal tahun ini, peneroka Felda perlu menyokong dan berdiri teguh di belakang Zakaria kerana beliau cuba memacu dan membawa FGV ke landasan betul dengan apa yang dialami FGV sejak disenaraikan di BSKL.
 
“Kami semua warga Felda menyokong  Zakaria untuk terus mengekalkan kedudukannya dan kami mendesak Isa Samad yang sepatutnya disingkirkan.
 
“Kami akan bersolidariti mempertahankan anak Felda,” katanya.
 
'Gagal perkuda Zakaria?'
 
Setelah dicutikan, Isa hari ini mengumumkan siasatan audit dalaman ke atas Zakaria dan beliau bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu itu.
 
Zakaria pula dilaporkan mahu SPRM menyiasat keseluruhan operasi FGV bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.
 
Beliau juga dilapor mempertahankan diri dan enggan berundur serta berhujah proses pembayaran dan syarat kredit yang digunapakai Delima Oil itu sudah dilaksanakan sebelum beliau menjadi CEO lagi.
 
Dalam kenyataan hari ini, Naraza mengingatkan bahawa presiden FGV sebelum ini juga pernah mengalami nasib hampir sama apabila kontrak tidak disambung.
 
Naraza juga membuat spekulasi perkembangan dalaman Felda itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan urus niaga dengan syarikat China.
 
“Ramai bekas kakitangan Felda menggagap Isa gagal memperkudakan Datuk Zakaria dalam beberapa keinginan beliau dijayakan,” dakwanya.
 
- malaysiakini