Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Isu plastik beg 20 sen: Kita beli barang dekat KL

Jamal ketika ditemui di hadapan pagar Bangunan SUK Selangor, hari ini.

 

SHAH ALAM - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengajak rakyat Selangor supaya membeli barang di Kuala Lumpur jika kerajaan negeri masih berterusan mengekalkan bayaran 20 sen untuk satu beg plastik.

Menurutnya, perkara ini adalah membebankan dan menzalimi rakyat Selangor jika ia dibiarkan berleluasa.

"Saya melihat isu ini sangat membebankan, menyusahkan dan menzalimi rakyat negeri ini, tiada siapa yang suka kena bayar 20 sen untuk satu beg plastik.

"Oleh itu, sebagai penduduk kita boleh ambil inisiatif untuk pergi ke negeri jiran seperti Kuala Lumpur untuk membeli barang," katanya ketika ditemui di hadapan pagar Bangunan SUK  Selangor, hari ini.

Sebelum ini, Kempen 'Bebas Beg Plastik' setiap hari yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor sejak 1 Januari lalu dilihat amat membebankan pengguna malah ada juga yang tidak peka mengenai kempen tersebut merasa hairan apabila dikenakan caj sebanyak 20 sen untuk satu beg plastik.

Tambahnya lagi, beliau turut mempersoalkan mengapa perkara ini dilakukan secara tergesa-gesa dan bukannya secara perlahan-perlahan seperti yang kerajaan Pusat lakukan.

"Kenapa perkara ini dilakukan dengan tergesa-gesa? Sepatutnya beri pelajaran dulu pada rakyat.

"Rakyat sendiri pun belum bersedia untuk hadapi perkara ini dan Selangor bukan negeri maju seperti Jepun untuk laksanakan perkara ini serta-merta," katanya lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source sinar harian