Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Kajian: 52 peratus rakyat kecewa dengan kerajaan

Lebih 52 peratus rakyat negara ini hilang kepercayaan terhadap institusi utama, kata laporan Edelman Trust Barometer Malaysia 2017.

Institusi yang dimaksudkan itu termasuk kerajaan, media, perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Lebih 52 peratus daripada rakyat negara ini percaya sistem berkenaan telah mengecewakan mereka, dengan hanya 12 peratus yang menyatakan sistem itu memenuhi tujuannya.

"Mereka khususnya merujuk gejala rasuah dan sektor imigresen sebagai sumber kebimbangan utama mereka," kata akhbar The Sun hari ini yang memetik Pengarah Urusan Edelman Malaysia Robert Kay, semalam.

Kay dilaporkan berkata majoriti daripada responden percaya bahawa keseluruhan sistem tidak memenuhi tujuan sepatutnya dengan memetik rasa ketidakadilan, kekurangan harapan dan keyakinan, dan keinginan untuk berubah.

Menurut kaji selidik itu, institusi kerajaan (37 peratus) dan media (42 peratus) kekal pada tahap yang tidak boleh dipercayai tahun ini, di mana kedua-duanya mencatatkan penurunan sebanyak 2 dan 3 mata.

Sementara itu, sektor perniagaan dan NGO berada pada tahap neutral pada 58 peratus dan 56 peratus tahun ini,berbanfding hampir 61 peratus dan 58 peratus sebelum ini.

- malaysiakini