Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Kit Siang dicabar nyata pendirian

TUNKU ABDUL AZIZ TUNKU IBRAHIM

 

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Sikap berdiam diri Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung skandal kewangan Bumiputra Malaysia Finance Ltd. (BMF) membuktikan beliau sudah ‘dijinakkan’ oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sikap Kit Siang itu amat menghairankan ke­rana sewaktu skandal tersebut menggemparkan negara, beliau lantang mengkritik bekas Perdana Menteri itu, malah pernah menggelar Dr. Mahathir sebagai penyangak.

Tidak cukup dengan itu kata­nya, Kit Siang juga telah menulis dua buah buku menyentuh me­ngenai skandal kewangan terbesar negara itu bertajuk The BMF Scandal (1983) dan BMF: The Scandal of Scandal (1986).

“Agak menghairankan Kit Siang kini berlembut dengan Dr. Mahathir walaupun dahulu beliau pernah menggelar Dr. Mahathir sebagai penyangak di dalam dua buah buku tulisannya yang berkaitan dengan skandal ini.

“Oleh itu, saya mendesak Kit Siang menyatakan pendiriannya berhubung skandal BMF. Dia sendiri pernah perjuangkan agar perkara ini disiasat, tetapi sehingga kini dia tidak bercakap mengenainya langsung,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Baru-baru ini, Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan dokumen mengaitkan bekas Perdana Menteri itu dengan skandal kewa­ngan BMF, namun sebagai maklum balas Dr. Mahathir menuduh perkara itu dibangkitkan kerana bermotifkan politik.

Dalam sidang akhbar di Pulau Pinang pada 25 Januari lalu, Kit Siang dilihat cuba mempertahankan Dr. Mahathir dengan menyatakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jauh lebih serius berban­ding skandal BMF sekali gus mendakwa dokumen CIA tersebut tidak mengandungi sebarang maklumat baharu.

Tunku Abdul Aziz berkata, hubungan mesra Kit Siang de­ngan Dr. Mahathir sekarang se­perti telah ‘merantai’ Penasihat DAP itu daripada menjadi lantang dalam memperjuangkan isu yang melibatkan integriti.

“Adakah disebabkan hubu­ngan antara Kit Siang dan Dr. Mahathir kini segala sikap Kit Siang kepada Dr. Mahathir telah berubah?” soalnya.

Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau masih me­nunggu akuan bersumpah daripada Kit Siang berhubung dakwaan wujud pakatan sulit antara beliau dengan Dr. Mahathir berhubung siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Rakyat tertanya-tanya dan jika betul Kit Siang mahu menjernihkan keadaan, dia perlu membuat satu akuan bersumpah bagi menafikan kewujudan pakatan sulit berkenaan,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Utusan Malaysia