Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Najib mohon batal saman Tony Pua kerana bermotif politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon untuk membatalkan saman Tony Pua Kiam Wee atas alasan saman yang difailkan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu bermotifkan politik danmenyalah guna proses mahkamah.

Peguam Nik Alia Hanafi yang mewakili Najib ketika dihubungi pemberita berkata, perdana menteri memohon untuk membatalkan saman itu pada 14 Februari lalu juga atas alasan beliau bukan penjawat awam seperti didakwa Pua dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya.

“Tuntutan saman plaintif (Pua) juga tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah,” katanya ketika pengurusan kes saman itu di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O’Hara hari ini yang menetapkan 7 Mac bagi pengurusan kes.

Nik Alia berkata, anak guamnya juga berjaya mendapatkan penangguhan bagi memfailkan pernyataan pembelaan sementara permohonan untuk membatalkan saman itu diputuskan mahkamah.

Turut hadir dalam prosiding itu peguam Joanne Chua mewakili Pua dan Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom bertindak bagi pihak kerajaan Malaysia yang merupakan defendan ke-2 dalam saman itu.

Zureen Elina pula berkata, kerajaan akan memfailkan permohonan bagi membatalkan saman Pua dan mahkamah memberi masa 2 minggu untuk pihaknya memfailkan permohonan itu.

Pua memfailkan saman terhadap Najib dan kerajaan pada 16 Januari lalu atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam serta kerajaan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuntut ganti rugi am, tambahan dan teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

- freemalaysiatoday