Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

Nga cabar Noh Omar batal projek kawasan BN kalah

Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming memfailkan permohonan atas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar bagi mencabar arahan beliau yang membatalan projek majlis tempatan.

Pembatalan projek tersebut, dakwa Nga, adalah di kerusi Parlimen yang menyaksikan kekalahan di pihak BN.

Tuntutan itu difailkan oleh firma undang-undang, Leong & Tan di Mahkamah Tinggi di Ipoh hari ini, dengan menamakan Noh dan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Abu Bakar Johar sebagai responden.

Nga mendakwa, responden yang sepatutnya berkhidmat kepada rakyat telah bertindak melampaui kuasa.

Jelas beliau, Noh dan Abu Bakar berniat menghukum pengundi atas kecenderungan dan pandangan politik mereka walaupun hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Abu Bakar telah mengeluarkan surat bertarikh 17 Mac untuk membatalkan kelulusan untuk projek-projek kerajaan tempatan dalam tahun 2017 di kawasan yang ditadbir pembangkang.

Arahan berkenaan terpakai dalam semua projek BP 1, yang menurut laman web kementerian itu, merujuk kepada projek-projek infrastruktur berskala kecil di peringkat majlis tempatan.

Ujar Abu Bakar, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pada 9 Mac untuk 'menyelaras peruntukan bagi projek BP 1" dalam 2017 yang dihadiri oleh menteri terbabit, semua datuk bandar dan ketua-ketua kerajaan tempatan.

- malaysiakini