Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

'Tak sangka rupanya Ambiga'

PAS terkejut dengan kenyataan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang mendakwa Datuk S Ambiga sebagai sumber mengatakan pemimpin PAS menerima wang daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden nya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu dana RM90 juta.

 

Katanya, bagaimanapun pihaknya tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana kes berkenaan masih berjalan di mahkamah.


 

"Saya nak komen pun, kes ini masih berjalan di mahkamah, dan kami dinasihatkan oleh peguam supaya tidak memberi sebarang komen takutjejaskan perjalanan kes ini.

"Cuma kita tertanya-tanya, kenapa pula jadi sumber ini daripada Ambiga, dan ini timbulkan persoalan kerana sebelum ini kita tidak dengar pun Ambiga bercakap pasal isu ini, jadi ia jadi kejutan kepada kita," katanya selepas mesyuarat exco, di Kota Bharu, hari ini.

Rewcastle-Brown menerusi pembelaannya dalam saman fitnah yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat laporan portal kendaliannya berkaitan dakwaan pemimpin tertinggi PAS menerima wang daripada Perdana Menteri.

Portal The Malaysian Insight melaporkan, berdasarkan kenyataan hujah balas dan pembelaan yang diterimanya, Rewcastle-Brown mengatakan dia memperoleh maklumat itu selepas bercakap dengan Ambiga yang juga bekas Pengerusi Bersih itu, mengenai Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PAS pada Julai 2016.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro