Close

Poll

Setahun pelaksanaan GST, pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaannya masih kabur.:
MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
 

'Apa niat mereka?'

Kuala Lumpur: Kepulangan semula empat bintang utama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) ke pangkuan skuad Harimau Malaya menimbulkan pelbagai persoalan khususnya mengenai niat sebenar keempat-empat tonggak terbabit.

Selepas meninggalkan kem negara secara mengejut pada Julai tahun lalu ketika pengendali, Datuk Ong Kim Swee amat menagih sentuhan mereka - Safiq Rahim, Aildil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal - dilihat ‘tenang’ membiarkan rakan sepasukan terkapai-kapai dalam saingan Piala AFF yang kemudiannya gagal menyerlah di kejohanan itu.

Tak pincang tanpa Safiq

Johor Bahru: Walaupun turun tanpa perancang utama Safiq Rahim pada pertembungan menentang PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini, situasi itu langsung tidak meresahkan pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Benjamin Mora.

Sebaliknya, Mora sudah memikirkan pemain yang bakal menggalas tugas Safiq serta mengemudi jentera tengah bagi membentuk kombinasi mantap dalam usaha memburu kemenangan.

Hafizh takut ambil risiko

Kuala Lumpur: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah tetap kecewa pada perlumbaan Grand Prix Perancis di Litar Le Mans semalam walaupun berjaya melonjak ke tangga ke-11 selepas bermula dari petak ke-22 untuk meraih lima mata.

Penunggang pasukan PETRONAS Raceline Malaysia itu mengakui bermula dengan sempurna di petak permulaan namun terhalang oleh beberapa pelumba untuk mencari kedudukan lebih baik.

'Kekang Liridon, Baddrol'

Kuantan: Pemain pertahanan import Pahang Heo Jae-Won mahu pergerakan Liridon Krasniqi dan Baddrol Bakthiar dirantai pada pertemuan dengan Kedah dalam aksi final Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam, malam esok.

Jelas pemain berusia 32 tahun dari Korea Selatan itu, Krasniqi dan Baddrol dianggap jentera yang menghidupkan permainan Lang Merah.

Mat Don sasar aksi Piala AFC

Alor Setar: Memenangi Piala FA, Sabtu ini bukan sekadar menambah koleksi kejuaraan dimilikinya bersama Kedah sejak tiga musim lalu, sebaliknya Liridon Krasniqi melihat melangkauinya kerana mempunyai misi tersendiri.

Bagi pemain import dari Kosovo itu, Piala FA mampu membawa Sang Helang Merah terbang lebih tinggi kerana menawarkan tiket beraksi di Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) jika mereka menjuarai pertandingan berkenaan.

Malah, tanpa berselindung, Liridon atau lebih dikenali sebagai Mat Don dalam kalangan penyokong Kedah, mendedahkan dia mahu menjadikan Piala AFC sebagai medan memperagakan bakat serta memikat kelab terkemuka Asia.

Tak sabar ledak gol

Alor Setar: ‘Pelaburan’ sebanyak RM35,000 dengan duit poket sendiri untuk merawat kecederaan belakang nyata berbaloi buat penyerang Kedah Sandro da Silva apabila disahkan bakal beraksi pada final Piala FA menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Kehadirannya di final itu menebus kekecewaan pemain kelahiran Brazil berkenaan yang terpaksa disisihkan ketika Kedah meraih kejayaan sebagai juara Piala Malaysia tahun lalu.

Romero senjata Pahang?

Kuantan: Adakah bekas penyerang skuad remaja kelab gergasi Argentina, Boca Juniors Yamil Romero akan menjadi senjata rahsia Pahang pada final Piala FA menentang Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini masih belum pasti kerana pemain itu belum didaftarkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Romero, 21, difahamkan sudah menandatangani kontrak dengan skuad Tok Gajah baru-baru ini dan kini giat menjalani latihan di bawah bimbingan Dollah Salleh.

Gaji April masih tertangguh

Kota Bharu: Masalah berkaitan gaji terus menghantui Kelantan apabila beberapa pemain mendakwa Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) masih belum melunaskan gaji bagi bulan lalu.

Senario itu membuatkan mereka semakin terhimpit apatah lagi ketika poket semakin kering kerana tidak dapat membuat simpanan hasil gaji sebelum ini gara-gara terpaksa membayar tunggakan hutang.

Arena Metro difahamkan, gaji pemain dan pegawai untuk bulan April masih belum dikreditkan ke akaun mereka hingga kini.

'Kelah Mat Don...'

"TAK sangka pemain itu menghampiri saya dan menenangkan saya sedangkan ketika itu pasukannya sedang meraikan kemenangan kerana layak ke final," kata lelaki kurang upaya Mohd Kamal Abdullah, 61.

Mohd Kamal mendapat perhatian netizen apabila gambarnya berkerusi roda dan menangis dihampiri pemain import Kedah Liridon Krasniqi yang memberi kata-kata semangat selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu malam semalam, tular.

Dalam perlawanan itu, Kedah menumpaskan Terengganu dengan tiga gol sekali gus layak ke final Piala FA pada 20 Mei ini dengan agregat 4-0.

Liga-M musim depan tanpa Kelantan?

Kuala Lumpur: Saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini mungkin penampilan terakhir Kelantan apabila Tan Sri Annuar Musa membayangkan terpaksa melupakan kempen tahun depan akibat tekanan luar biasa diterima pasukannya.

Annuar yang juga Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berkata, menerusi peraturan dan cara liga tempatan dikendalikan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), pasukan ‘miskin’ sudah tiada tempat dalam saingan tempatan.